Janji Di Bawah Pokok Ceri (TV Okey) | Sinopsis Drama

Janji Di Bawah Pokok Ceri (TV Okey)

Drama : Janji Di Bawah Pokok Ceri
Produksi : CMA Media Sdn Bhd
Pengarah : Asri Baq'u
Penulis Skrip : Engku Seri Kelantan, Sophilea
Siaran : TV Okey
Mula Tayangan : 15 Februari 2024
Masa : Isnin-Jumaat | 9.00 Malam
Episod : 20
Pelakon : Shahrul Kamal, Wafariena Roslan, Lia Natalia, Firdaus Ghufran, Marisa Yasmin, Syean Mokhtar, Rusdi Ramli, Kamaliah Mat Dom, Wanie Ooi, Rashid Jaafar, Izy Selamat, Mak Wan, Sherry AlJefri

Janji Di Bawah Pokok Ceri (TV Okey)

Sinopsi Drama Janji Di Bawah Pokok Ceri

Mengisahkan Fariz (Shahrul Kamal) yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi terkenal namun bapanya, Rashid (Syean Mokhtar) tidak suka dengan minat Fariz kerana tidak mahu anaknya itu menerima nasib yang sama sepertinya dulu.

Fariz belajar di sebuah kolej dan berkawan baik dengan Wanie (Lia Natalia) seorang influencer terkenal. Wanie memberi semangat kepada Fariz untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang penyanyi. Dalam masa yang sama, Fariz meminati seorang pelakon baru yang sedang meningkat naik bernama Safiya (Wafariena).

Safiya yang berasal dari keluarga berada dapat menjadi pelakon kerana pengaruh bapanya, Tuan Ameer (Rusdi Ramli). Oleh kerana itu juga, Safiya mempunyai masalah disiplin dan tidak menghormati krew produksi kerana bapanya mengeluarkan bajet untuk projek lakonannya.

Post a Comment

0 Comments