Hun Haqeem Di Sebalik Maskot Roti John Tersingkir di Minggu Separuh Akhir

Roti John Tersingkir di Minggu Separuh Akhir, Hun Haqeem di Sebalik Maskot!

Minggu separuh akhir The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 yang membawa tema Rock Double Trouble menyaksikan maskot Roti John tersingkir dengan persembahan lagu Rozana nyanyian asal Search. Dengan jumlah markah sebanyak 59.10%, Roti John disingkirkan sekaligus merungkai identitinya iaitu pelakon popular Hun Haqeem. 

Minggu separuh akhir ini turut menyaksikan nyanyian duet setiap peserta yang lebih kompetitif. Manakala, maskot Bunga Matahari kekal di tempat pertama dengan jumlah markah tertinggi 80.68%, diikuti dengan Sang Kancil dan Biskut Aiskrim yang turut mengekalkan posisi mereka di tempat kedua dan ketiga. 

Hun Haqeem Di Sebalik Maskot Roti John Tersingkir di Minggu Separuh Akhir

Berikut adalah keputusan penuh minggu separuh akhir The Masked Singer Malaysia Musim ke-4:

Lagu Solo
  1. Bunga Matahari - Sejati (Wings) - 80.68%
  2. Sang Kancil - Di Ambang Wati (Wings) - 70.82%
  3. Biskut Aiskrim - Ukiran Jiwa (Dato Awie) - 70.29%
  4. Mat Helang - Nur Nilam Sari (Dato Awie & Search) - 68.38%
  5. Teratai - Taman Rashidah Utama (Wings) - 67.33%
  6. Roti John - Rozana (Search) - 59.96%

Lagu Duet
  1. Roti John & Sang Kancil - Laila Namamu Teratas (Search)
  2. Teratai & Mat Helang - Ingatkan Dia (Wings)
  3. Bunga Matahari & Biskut Aiskrim - Mentari Merah Di Ufuk Timur (Search)

Hun Haqeem Di Sebalik Maskot Roti John Tersingkir di Minggu Separuh Akhir

Saksikan episod akhir The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada 18 Februari 2024, Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

Post a Comment

0 Comments