Doctor Slump (2024) | Review Drama Korea

Doctor Slump (2024) | Review Drama Korea

Title : Doctor Slump
Director : Oh Hyun Jong
Screenwriter : Baek Sun Woo
Network : JTBC/ Netflix
Release Date : 27 January 2024
Episodes : 16
Duration : 65 minutes
Genre : Comedy, Romance, Medical
Cast : Park Hyung Sik, Park Shin Hye, Yoon Park, Kong Seong Ha, Oh Dong Min, Jang Hye Jin, Hyun Bong Sik, Yoon Sang Hyeon

SYNOPSIS:
During his school days, Yeo Jeong Woo always placed first in academics and he studied at the top medical school in the country. Jeong Woo is now a popular plastic surgeon. His life goes smoothly, but, due to a mysterious medical accident, his life is pushed to the edge. At this time, he meets Nam Ha Neul. She was a rival in his past and he meets her at the lowest point in his life.


Doctor Slump (2024) | Review Drama Korea

Doctor Slump sebuah drama romantik komedi mengisahkan Nam Ha Neul (Park Shin Hye) dan Yeo Jeong Woo (Park Hyung Sik) yang belajar di sekolah yang sama dan saling bersaing untuk mendapat tempat pertama dalam akademik.

Selepas tamat sekolah, mereka membawa haluan masing-masing. Yeo Jeong Woo berjaya mendapat tempat di universiti terbaik dalam bidang perubatan seterusnya berjaya menjadi pakar bedah plastik dan mampu membuka klinik sendiri. Manakala Nam Ha Neul pula bekerja di hospital dan sibuk dengan tugasnya sebagai pakar bius.

Doctor Slump (2024) | Review Drama Korea

Yeo Jeong Woo bukan sahaja berjaya malah terkenal kerana mempunyai channel NeoTube sendiri dan selalu melakukan kerja-kerja sukarelawan. pendek cakap, ramai yang cemburu melihat kejayaan yang dia miliki.

Suatu hari, Jeong Woo terpalit dengan kontroversi apabila pesakitnya meninggal dunia semasa pembedahan. Jeong Woo hampir muflis dan terpaksa menjual kliniknya untuk membayar pampasan dan juga kos perbicaraan kesnya di mahkamah.

Jeong Woo menyewa bilik rooftop kemudian bertemu semula dengan Nam Haneul selepas 10 tahun dan baru dia tahu yang keluarga Haneul adalah tuan rumahnya.

Doctor Slump (2024) | Review Drama Korea

Ha Neul pula sibuk dengan kerjanya sampai tiada masa untuk diri sendiri pastu tak habis kena buli dengan seniornya sampai Ha Neul terpaksa jumpa psychiatrist dan disahkan mempunyai depression. doktor nasihat dia suruh berhenti kerja dan berehat. 

Kemuncaknya, Ha Neul tak tahan bila ditindas lalu bertindak melawan dan memukul prof dia dan berhenti kerja. Pada mulanya, mak Haneul tak boleh terima Haneul berhenti tapi bila tahu anak dia tertekan sampai ambil ubat, emak dia mula bagi sokongan moral pada anaknya.

Dalam masa yang sama Haneul semakin rapat dengan Jeong Woo padahal zaman sekolah dulu mereka macam musuh. 

Doctor Slump (2024) | Review Drama Korea

jalan ceritanya Doctor Slump sangat menarik tentang kisah dua individu yang berjaya terpaksa berdepan fasa kejatuhan dalam kehidupan mereka. 

Ha Neul struggle nak bina kerjaya dia semula sebab bila orang tahu kes kat tempat kerja lama dia terus resume dia kena reject. Jeong Woo cuba mencari keadilan kerana percaya dia tidak bersalah, dalam masa yang sama ada orang yang rapat dengan dirinya menjadi gunting dalam lipatan.

kisah pasal life mereka ni agak sedih tapi dalam masa yang sama sangat menghiburkan lagi-lagi bila zaman sekolah mereka, kelakar wei tengok masing-masing saling bersaing dan tak nak mengalah. terhibur sangat dengan lakonan Park Hyung Sik dan chemistry dia dengan Park Shin Hye memang best. 

drama ni baru tayang sampai episod 4, so far jalan ceritanya memang best dan menghiburkan.

Post a Comment

4 Comments

  1. Comel poster, bergambar di mesin Gashapon

    ReplyDelete
  2. sy tggu habis baru marathon.
    sbb dok hadap Knight Flower dan Marry My Husband serentak
    buat sy x ckp tido
    haaha

    ReplyDelete
  3. tengok court room scene dengan part heroin nak kena langgar tu drama sangat terus cancel tekan next episode haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama korea biasalah terlebih drama sangat..haha

      Delete