Aku Yang Naif (TV2) | Sinopsis Drama

Aku Yang Naif (TV2)

Drama : Aku Yang Naif
Produksi : Illusion Maya Sdn Bhd
Pengarah : Hazreen Hakim
Penulis Skrip : Zabidi Mohamed, Asmah Jendul
Siaran : TV2
Tayangan : 13 Februari 2024
Masa : Isnin-Jumaat | 5.00 Petang
Episod : 20
Pelakon : Ezlynn Ariffin, Husna Mustaffa, Tunku Hanis, Qazem Nor, Rashdan Baba, Baggio, Azlan Mokhtar, Rahim Omar, Naim Shamshol, Saiful Wazien, Faha Azhar, Syrul Ezwan, Geoff Andre Feyaerts, Ana Dahlia, Kalpana Shree, Fatin Siregar, Zizi Hazirah, Ash Alias, Mili Supina, Norlie Tamam Idris, Anne Abdullah, Zalfa Zin

Sinopsis Drama Aku Yang Naif

Mengisahkan kehidupan profesional, personal dan emosional tiga sahabat baik; Iffah, Niza dan Wawa yang menjadi rakan kongsi sebuah kedai perabot mewah. 

Iffah seorang yang IT savvy, pegawai pemasaran serta pereka hiasan dalaman yang berjaya. Dia balu kematian suami, cantik, dan bergaya tetapi naïf. Dia menjadi tumpuan ramai lelaki dan wanita kerana statusnya itu. 

Niza suri rumah sepenuh masa, sudah lama berkahwin dengan Iqram tapi masih belum ada anak. Niza anti-poligami. Iqram agak kelakar, akur cakap isteri tetapi suka “menggatal”. Iqram juga terpikat pada Iffah. 

Wawa, ahli perniagaan yang berjaya, tegas dan bersikap controller, hingga kerjaya dan masa depan anak-anak, dia nak tentukan. Latif pula rakan sepejabat Iffah, sudah beristeri tetapi selalu mengganggu dan cuba memikat Iffah.

Post a Comment

0 Comments