Tepat Tekaan Juri Dari Awal, Bawang Putih ialah Noki K-Clique!

The Masked Singer Malaysia Musim 4

Maskot Bawang Putih menjadi maskot ketujuh yang tersingkir pada episod The Masked Singer Malaysia kali ini. Menjadi tekaan para juri dari awal, identiti disebalik maskot merupakan penyanyi dan pelakon Noki K-Clique. 

Seperti minggu sebelumnya, barisan juri tetap yang ada semuanya meneka dengan tepat kecuali Angah, yang memberi tekaan berbeza iaitu Safee Sali. Minggu ketujuh ini turut menyaksikan maskot Bunga Matahari, sekali lagi mengekalkan posisinya di tempat pertama dengan jumlah markah sebanyak 79.86%. 

The Masked Singer Malaysia Musim 4

Berikut adalah keputusan penuh The Masked Singer Malaysia S4 Minggu 7:
  1. Bunga Matahari - Hanya Di Mercu (Ayu Damit) - 79.86%
  2. Musang - Negaraku (Faizal Tahir, Altimet, Joe Flizzow, SonaOne) - 71.59%
  3. Roti John - Fire & Water (Faizal Tahir) - 70.32%
  4. Mat Helang - Telinga Ke Tulang (Spider) - 69.21%
  5. Sang Kancil - You Raise Me Up (Josh Groban) - 68.91%
  6. Biskut Aiskrim - Pelita (A.P.1) - 68.71%
  7. Teratai - Semangat Yang Hilang (X.P.D.C) - 66.40%
  8. Bawang Putih - Flashlight (Jessie J) - 48.70%

The Masked Singer Malaysia Musim 4

Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

Post a Comment

1 Comments

  1. sekalipun belum ada peluang menonton sebab kat rumah takde astro warna

    ReplyDelete