Review Drama: Gamers Mangkuk (Astro)

Gamers Mangkuk (Astro)

Drama : Gamers Mangkuk
Produksi : Astro Shaw, Moonton Games
Pengarah : Hyrul Anuar
Penulis Skrip : Sham Hashim, Bainun Waheeda, Haris M. Nor
Siaran : Astro Premier/ Astro Go/ Sooka
Mula Tayangan : 1 Disember 2023
Episod : 8
Durasi : 45 minit
OST/ Lagu Tema : Jaguh (Asmidar & Kayda Aziz)
Pelakon : Amir Ahnaf, Taufik Izmir, Nick Davis, Sara Mack Lubis, Sathisvaran, Amelie Christie, Josiah Hogan, Nadia Brian, Taqim Zaki, Khatijah Tan, Louisa Chong, Qaseh Izwandy, Sri Irdina, Aloy Paradoks, Nasz Sally, Chew Kin Wah

Review Drama: Gamers Mangkuk (Astro)

Mengisahkan Tam (Amir Ahnaf), Napi (Taufik Izmir), Lee (Nick Davis) dan Maya (Sara Mack Lubis) yang mempunyai impian untuk menjadi pro gamer terkenal walaupun pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi.

Tam, Napi dan Lee tinggal di flat yang sama dan berkawan baik sejak kecil lagi. Tam tinggal dengan Alongnya (Taqim Zaki), impian Along adalah untuk melihat adiknya menyambung pelajaran ke menara gading tapi Tam lebih berminat untuk menjadi pro gamer walaupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.

Napi pula tinggal dengan ibunya, Hajah Munah (Khatijah Tan) yang mempunyai perniagaan tupperware. Lee pula bertungkus lumus mahu mencari wang kerana keluarganya mempunyai masalah kewangan selain pening dengan perangai paciknya yang gemar mengambil duit ibunya untuk berjudi.

Manakala Maya pula lari dari kampung dan kemudiannya bertemu dengan mereka bertiga, Maya juga seorang game streamer. Theebaan (Sathisvaran) pula menyertai pasukan mereka untuk mengisi tempat seorang ahli pasukan mereka yang terpaksa menarik diri kerana masalah keluarga.

Review Drama: Gamers Mangkuk (Astro)

Hajah Munah yang pada mulanya tidak merestui jalan yang dipilih oleh anaknya tiba-tiba membuat keputusan untuk menaja pasukan Napi dengan syarat mereka menerima nama baru pasukan tersebut iaitu Gamer Mangkuk dan promote pinggan mangkuk jenamanya.

Suatu hari, mereka membuat keputusan untuk menyertai pertandingan Slayer Next Heroes yang dianjurkan oleh Slayer (Josiah Hogan) pemain e-sport terkenal yang mengetuai pasukan Perang. pasukan yang menang akan memenangi wang tunai sebanyak RM50ribu dam sains kontrak bermain dengan Slayer dalam team Perang.

Sepanjang pertandingan tersebut, banyak perkara yang ditempuhi oleh mereka berlima. Madness (Qaseh Izwandy) yang menjadi jurulatih mereka telah menukar peranan dan strategi mereka menyebabkan timbul konflik dalaman dalam Gamer Mangkuk ditambah pula hal keluarga Lee menyebabkan mereka terpaksa menarik diri dari pertandingan tersebut.

Review Drama: Gamers Mangkuk (Astro)

Sebenarnya orang yang agenda tersendiri adalah Slayer sebab syarikat dia ada masalah kewangan ditambah pula pasukan dia kalah dalam latest tournament menyebabkan banyak penaja yang tarik diri dari taja pasukan Perang. Slayer kemudiannya dapat sponsor baru dan create tournament baru ni untuk cari teammate baru.

Dari awal lagi, Slayer dah buat deal dengan pasukan Tenggiri untuk join pasukan dia tapi sponsor pula nak team Go Girlz menang dalam pertandingan ini untuk jadi duta mereka kelak. tapi rancangan Slayer tak menjadi seperti dirancang bila pasukan Tenggiri berjaya kalahkan Go Girls. last pasukan Tenggiri disqualified bila dituduh menipu ketika match dengan pasukan Go Girlz. 

Tenggiri yang dibuang dari pertandingan tersebut tak puas hati bila Slayer main kotor dan sabotaj team mereka. Gamer Mangkuk dapat peluang untuk masuk semula dalam Slayer Next Heroes. Adakah Gamer Mangkuk dapat menyelesaikan konflik dalaman mereka? Adakah rancangan Slayer dapat berjalan dengan lancar?

Review Drama: Gamers Mangkuk (Astro)

drama china dah banyak buat pasal e-sport tapi ni first time rasanya aku tengok drama melayu bertemakan esport dan Mobile Legend. plot dan jalan ceritanya agak menarik, selain e-sport setiap watak utama dalam drama ni ada kisah dan konflik tersendiri.

pemilihan pelakon utama memang best dan bawa watak masing-masing dengan baik sekali. tapi paling suka dan menyerlah juga watak Along dan Hajah Muna, setiap kali scene Along mesti berdekah wei dengan dialog dan lakonan Taqim Zaki yang bersahaja.

tapi itulah drama ni keluar seminggu sekali, ingatkan dah habis drama ni sebab dah rasa lama giler rupanya ada lagi dua episod. tapi overall memang menarik untuk ditonton dan menghiburkan.

Post a Comment

1 Comments

  1. Drama ni dalam list jugak sebab bertemakan e-sport cuma tak sempat nak tengok lagi. Tengok visual dia haritu macam mantap jugak

    ReplyDelete