Jodoh Geng G (Astro Warna) | Review Telefilem

Jodoh Geng G (Astro Warna) | Review Telefilem

Telefilem : Jodoh Geng G
Produksi : Tribution Studio
Pengarah : Yen Osing
Penulis Skrio : Yen Osing
Siaran : Astro Warna
Tayangan : 27 Januari 2024
Durasi : 1 Jam 40 minit
Genre : Komedi
Pelakon : Nabila Huda, Hisyam Hamid, Norreen Iman, Anas Ridzuan, Aziz M Osman, Kamarool Hj Yusof, Zulin Aziz, Bell Ngasri, Amen Khalid

Dalam usaha untuk menyatukan kumpulan gangster, kepala gengster telah menjodohkan anak perempuan dan anak lelaki mereka bagi menamatkan persengketaan yang wujud sejak sekian lama.

Jodoh Geng G (Astro Warna) | Review Telefilem

Mengisahkan Ayah Ku (Aziz M Osman) dan Ayah Su (Kamarool Hj Yusof) yang merupakan ketua gengster paling digeruni dan saling bermusuhan sejak sekian lama. Mereka mahu mendapatkan sebuah projek yang memerlukan kawasan mereka bergabung lalu membuat keputusan untuk mengahwinkan anak mereka.

Rico (Hisyam Hamid) dan Julia (Nabila Huda) tidak bersetuju dengan idea tersebut tapi mereka tidak boleh membantah arahan ayah mereka.

Pelbagai masalah telah melanda apabila rancangan tersebut mahu dijalankan. Baik Ayah Ku mahupun Ayah Su masing-masing berbeza pendapat  mengenai hantaran, tema perkahwinan dan sebagainya.

Rico dan Julia juga cuba sabotaj antara satu sama lain, namun dalam dok bergaduh tu mulalah terbit bunga-bunga cinta dalam hati. tapi baru je hati tersuka, ayah mereka pula mahu membatalkan perjanjian tersebut. Adakah mereka akan bersatu?

Jodoh Geng G (Astro Warna) | Review Telefilem

Jodoh Geng G sebuah telefilem komedi so plot dan jalan ceritanya agak simple dan skrip pun biasa je. tapi yang buat citer ni best bila barisan pelakon dia boleh deliver watak mereka dengan baik.

rasanya first time nampak Hisyam Hamid bawa watak komedi macam ni, berdekah wei tengok expression muka dia pastu watak dia pula jenis random dan pelik. bertambah kelakar bila bergabung dengan Nabila Huda yang watak dia terlebih drama dalam ni.

Overall, Jodoh Geng G sebuah telefilem yang menarik dan menghiburkan untuk tontonan santai.

Post a Comment

0 Comments