Hawt Fellas (TV3) | Sinopsis Drama

Hawt Fellas (TV3)

Slot Lestary TV3 membuka tirai tahun 2024 dengan sebuah drama remaja bertajuk Hawt Fellas bersiaran mulai 4 Januari ini pada setiap hari khamis hingga sabtu jam 9.00 malam atau strim melalui platform penstriman Tonton.

Hawt Fellas dibintangi oleh Nabil Aqil, Iedan Aedan, Atiq Azman, Raden Zaharatul dan Trisha Ong mengisahkan suka duka lima orang sahabat yang menghadapi pelbagai dilema dan cabaran hidup selepas SPM.

Hawt Fellas (TV3)

Drama : Hawt Fellas
Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Lee Chonz
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 4 Januari 2024
Masa : Khamis-Sabtu | 9.00 Malam
Episod : 13
Pelakon : Nabil Aqil, Iedan Aedan, Atiq Azman, Raden Zaharatul, Trisha Ong, Izzul Faiq, Khaled, Amy Nur Tinie, Mustaqim Bahadon, Nazim Othman, Anne Abdullah, Amanda Misbun

Sinopsis Drama Hawt Fellas

Mengisahkan Lee (Nabil Aqil), Napron (Idan Aedan), Mat Don (Atiq Azman) dan Flora (Raden Zaharatul) yang belajar di sekolah yang sama dan mempunyai impian masing-masing yang ingin dicapai selepas peperiksaan SPM.

Selepas keputusan SPM diumumkan, Lee tiba-tiba menghilangkan diri kerana malu tidak mendapat keputusan yang bagus sedangkan dia merupakan pelajar cemerlang. Lee membuat rancangan untuk mengambil semula SPM.

Napron, Flora dan Mat Don menyangka Lee telah menyambung pelajaran ke luar negara seperti yang diatur oleh keluargannya. Napron dan Flora menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta yang sama. Mat Don pula membuat rancangan untuk membuka sebuah kedai gunting rambut.

Sementara itu, Indah (Tisha Ong) menolak tawaran ke Universiti Pendidikan kerana tidak mahu menjadi guru seperti yang dimahukan oleh ibu bapanya. Indah mempunyai minat dalam lakonan.

Apakah kesudahan kisah mereka berlima? Adakah Lee, Napron, Mat Don, Flora dan Indah mencapai impian mereka?

Post a Comment

0 Comments