Fly High Rise Above The Sky by Adnil Zaff | Review eBook

Fly High Rise Above The Sky by Adnil Zaff | Review eBook

Novel : Fly High Rise Above The Sky
Penulis : Adnil Zaff
Helaian : 894
Penerbit : FR Amar Publication

Teracun dengan Tik Tok terbelilah ebook ni. novel ni agak tebal juga so aku tak berapa suka sangat baca menghadap phone tapi puas mencari buku fizikal rupanya novel ni cuma diterbitkan dalam digital belum lagi dibukukan secara fizikal.

Fly High Rise Above The Sky mengisahkan Armel seorang anak kampung dari keluarga miskin menjadi mangsa buli disekolah hanya kerana imejnya yang tomboi dan lasak kemudiannya berjaya menjadi seorang juruterbang dan bekerja di Dubai.

Jalan cerita novel ni sangat menarik sebab nilai kekeluargaan yang ditunjukkan pada keluarga Armel, selain diceritakan kerjaya Armel sebagai juruterbang wanita dan percintaan jarak jauh antara Armel dan Armand.

Fly High Rise Above The Sky by Adnil Zaff | Review eBook

Walaupun keluarga Armel miskin tapi ayahnya menggalakkan anak-anaknya untuk belajar sehingga menara gading dan mengubah nasib mereka. Hasilnya dua orang kakak Armel berjaya belajar ke bidang perubatan dan menjadi doktor. Part Armel kena buli memang sedih dan dia pula tiada kawan cuma keluarga menjadi tempat mengadu. pastu ayah dia berusaha untuk mendaftarkan Armel ke institut penerbangan sebab nak anak dia jadi pilot. serius part ni sangat touching sebab bapa dia dengan motor cabuk bawa dia pergi tanya orang macam mana nak bagi anak dia jadi pilot. sangat supportive kot bapa dia nak tengok anak dia berjaya.

Armel kemudiannya berjaya jadi juruterbang Emirates tapi orang kampung tak pernah tahu kerjaya sebenar dia. bila balik kampung 7 tahun kemudian untuk bercuti kemain ramai perli dia sebab ingatkan dia jadi driver. sekali bila tahu dia driver bawa kapal terbang barulah geng yang membuli dulu buka mata nak berbaik dengan dia.

Perkenalan Armel dan Armand berlaku dalam penerbangan ketika Armel pulang bercuti ke Malaysia. Mereka banyak berkomunikasi melalui telefon sebab jarak dan masa yang menghalang. percintaan jarak jauh bukan mudah tapi suka dengan cara mereka berkomunikasi dan matang dalam bercinta. walaupun ada beberapa konflik yang berlaku tapi mereka tak ambil masa yang lama untuk selesaikan. Armand bagi aku watak yang menarik sebab sangat positif dan tak pernah minta Armel untuk berubah tapi cuba faham tugas Armel seorang jurutebang. 

ini first time aku baca karya Adnil Zaff tapi gaya penulisan dan olahan cerita sangat menarik. Overall sebuah karya yang menarik untuk dibaca dan ada pengajaran yang cuba disampaikan oleh penulis.


**MY RATING : 4.5/ 5**

Post a Comment

0 Comments