Cinta Kau VS Aku 2 (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Cinta Kau VS Aku 2

Para penonton Astro serta peminat tegar web novel Wattpad kini boleh menantikan ‘Kau vs Aku 2’, siri romantik komedi popular yang kembali dengan penceritaan baharu yang lebih menarik, ditayangkan secara serentak di platform penstriman sooka dan di slot Dramavaganza menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) buat pertama kalinya, mulai 10 Januari 2024, setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam. 

Penerbitan siri adaptasi ini telah berjaya menjadi siri hiburan No.1 di sooka dengan lebih 200 juta tontonan di platform TikTok serta memperoleh tontonan unik tertinggi sejak pelancaran aplikasi penstriman tersebut. Dengan kejayaannya dalam menambat hati ramai penonton serta peminat-peminat dengan gandingan pasangan watak utamanya yang dibintangi oleh Shasha Abedul dan Dini Schatzmann, siri coming-of-age ini kembali dengan plot baharu untuk menyambung kisah cinta pertama mereka berdua.

Cinta Kau VS Aku 2

Drama : Cinta Kau VS Aku Musim 2
Produksi : Red Communications
Pengarah : Shamyl, Khairi Anwar, Afiza Asram
Penulis Skrip : Anwar Hadi, Suzanne Ong
Siaran : Astro Ria/ Sooka
Mula Tayangan 10 Januari 2024
Masa : Rabu-Khamis | 9.00 Malam
Episod : 8
Pelakon : Shasha Abedul, Dini Schatzmann, Chubb-E, Imran Aqil, Mia Sara Shauki, Arena Wan, Elyzza Azizi

Sinopsis Drama Cinta Kau VS Aku 2

Mengisahkan Aulia (Shasha Abedul) yang pulang ke tanah air selepas gagal mencapai impiannya di luar negara. Aulia sambung pengajian di sebuah universiti tempatan dan secara kebetulan bertemu kembali dengan cinta lamanya, Danish (Dini Schatzmann).

Di kolej itu juga, Aulia bertemu dengan Farhan (Nabil Aqil) yang cuba memikat hatinya manakala Danish pula cuba dipikat oleh Hajar (Ellyza Azizi). Apakah yang bakal terjadi pada mereka?


Senarai Pelakon & Watak

Cinta Kau VS Aku 2
Cinta Kau VS Aku 2
Cinta Kau VS Aku 2
Cinta Kau VS Aku 2
Cinta Kau VS Aku 2
Cinta Kau VS Aku 2

Episod baharu ‘Kau vs Aku 2’ akan ditayangkan pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam di platform penstriman sooka dan Astro Ria (Saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

Post a Comment

1 Comments

  1. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    ReplyDelete