Amelina Di Sebalik Topeng Pom Pom Kin Tersingkir

Amelina Di Sebalik Topeng Pom Pom Kin Tersingkir

Minggu kelima The Masked Singer Malaysia 4 menyaksikan maskot Pom Pom Kin tersingkir. Dengan jumlah markah sebanyak 59.54%, Pom Pom Kin telah tersingkir dengan nyanyian lagu Anta Permana oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, merungkai identiti disebalik maskot iaitu Amelina. 

Pada minggu kelima ini yang membawa tema Malam Tribute Dato’ Sri Siti Nurhaliza, hanya Angah dan Zizan Razak sahaja yang tidak dapat meneka dengan tepat. Minggu ini turut melihat Bunga Matahari sebagai peserta di kedudukan pertama dengan 76.77%, diikuti oleh Sang Kancil dan Biskut Aiskrim. 

Amelina Di Sebalik Topeng Pom Pom Kin Tersingkir

Berikut adalah keputusan penuh The Masked Singer Malaysia S4 Minggu kelima:

    1. Bunga Matahari - Dialah Di Hati - 76.77%

    2. Sang Kancil - Ya Maulai - 72.53%

    3. Biskut Aiskrim - Cindai - 68.71%

    4. Bawang Putih - Purnama Merindu - 68.37%

    5. Roti John - Aku Cinta Padamu - 68.15%

    6. Musang - Jerat Percintaan - 66.99%

    7. Teratai - Ku Milikmu - 66.52%

    8. Mat Helang - Ku Mahu - 65.00%

    9. Abang Jagung - Lakaran Kehidupan - 60.30%

    10. Pom Pom Kin - Anta Permana - 59.54%


Amelina Di Sebalik Topeng Pom Pom Kin Tersingkir

Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

Post a Comment

2 Comments