Abang Jagung Tersingkir Dari The Masked Singer Malaysia S4

Abang Jagung Adalah Azan Ruffedge

Minggu keenam The Masked Singer Malaysia 4 menyaksikan maskot Abang Jagung tersingkir. Dengan jumlah markah 61.06%, Abang Jagung telah tersingkir dengan nyanyian lagu Harus Terpisah oleh Cakra Khan, merungkai identiti disebalik maskot iaitu Azan Ruffedge. 

Barisan juri tetap yang ada semuanya meneka dengan tepat kecuali Angah, yang meneka bahawa Abang Jagung merupakan Jatt Ali. Minggu ini turut melihat Bunga Matahari kekal di kedudukan pertama dengan 78.53%, diikuti oleh Biskut Aiskrim dan Roti John. 

Abang Jagung Adalah Azan Ruffedge

Berikut adalah keputusan penuh The Masked Singer Malaysia Musim 4 minggu keenam:
  1. Bunga Matahari - Kau Atau Aku (Elyana) - 78.53%
  2. Biskut Aiskrim - Time Is Running Out (Muse) - 70.39%
  3. Roti John - Umpan Jinak Di Air Tenang (Ahmad Jais) - 70.14%
  4. Teratai - Kemaafan Dendam Yang Terindah (Aishah) - 70.04%
  5. Sang Kancil - Ibu Kota Cinta (Def Gab C) - 69.91%
  6. Mat Helang - Tiara (Kris) - 69.59%
  7. Musang - Livin' On A Prayer (Bon Jovi) - 68.57%
  8. Bawang Putih - Itu Kamu (Estranged) - 67.89%
  9. Abang Jagung - Harus Terpisah (Cakra Khan) - 61.06%

Abang Jagung Adalah Azan Ruffedge

Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

Post a Comment

0 Comments