Review: BoBoiBoy Galaxy SORI (Netflix)

Review: BoBoiBoy Galaxy SORI (Netflix)

Animasi : BoBoiBoy Galaxy SORI
Produksi : Monsta
Pencipta : Nizam Abd Razak
Pengarah : Raja Nukman Raja Mohd Noordin, Muhammad Akid Jamel
Penulis : Nizam Abd Razak, Anas Abdul Aziz, Meor Hizmin Amir Hassan
Siaran : Netflix, TV9
Mula Tayangan : 3 Disember 2023
Episod : 6
Durasi : 22 minit
OST/ Lagu Tema : Kembali Beraksi (Firdaus Rahmat), Teman Setia (Maizura)
Pelakon Suara : Nur Fathiah Diaz, Dzubir Mohammed Zakaria, Nur Intan Syuhadah, Yap Ee Jean, Wong Wai Kay, Nizam Abd Razak, Orked Shazwan, Anas Abdul Aziz

BoBoiBoy kembali dengan siri animasi terbaru BoBoiBoy Galaxy yang dibahagikan kepada empat siri pendek iaitu BoBoiBoy Galaxy SORI, BoBoiBoy Galaxy Windara, BoBoiBoy Galaxy GenBara dan BoBoiBoy Galaxy Gur'latan. Setiap siri mengandungi enam episod baharu dengan tema berbeza, berlatarbelakangkan penceritaan dan pengembaraan yang diolah semula dari siri komik BoBoiBoy Galaxy musim kedua keluaran Monsta.

BoBoiBoy Galaxy SORI ditayangkan di Monsta YouTube dan Netflix setiap Ahad jam 7.30 malam bermula 3 Disember, dan di saluran TV9 bermula 13 Disember ini pada jam 6.30 petang.

Review: BoBoiBoy Galaxy SORI (Netflix)

Pada insiden yang lepas, BoBoiBoy telah berjaya mengalahkan Retakka. Walaupun galaksi kembali aman tetapi BoBoiBoy perlu menguasai kuasa elemental tahap ketiga demi mengekalkan keamanan sejagat.

Dalam BoBoiBoy Galaxy SORI episod 1, Komander telah menyeru BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang untuk menghadiri meeting yang berpengkalan di markas rahsia terbaru yang terletak di bawah kedai Tok Abah.

Namun BoBoiBoy dan rakan-rakannya dikejutkan dengan serangan Adudu dan Probe yang cuba menculik Ochobot. Adudu mengejutkan semua orang apabila dia semakin kuat dan mahir berlawan hasil latihan bersama Tok Kasa.

BoBoiBoy berjaya menyelamatkan Ochobot daripada diculik tapi apa yang mereka tahu motif sebenar Adudu bukan untuk menculik Ochobot tapi meletakkan cip teleportal untuk mengetahui lokasi Ochobot supaya Adudu boleh ikut BoBoiBoy dan rakan-rakanya setiap kali mereka menyelamatkan Power Sphera di galaksi.

Review: BoBoiBoy Galaxy SORI (Netflix)

dah lama juga aku tak follow siri BoBoiBoy tapi best juga tengok episod 1 BoBoiBoy Galaxy SORI. comel pula tengok BoBoiBoy dan watak yang lain semakin besar dan matang.

banyak benda yang upgrade, terkejut pula bila tiba-tiba Adudu semakin kuat dan mampu berlawan dengan BoBoiBoy. kalau sebelum ini asyik kalah sampai terpaksa berdamai dengan BoBoiBoi. ingatkan dah insaf rupanya perangai makhluk asing pun munafik juga..haha

Kuasa Elemental Boboiboy tahap ketiga masih belum diketahui lagi. Adakah BoBoiBoy dapat upgrade kuasanya? Ikuti kisah dan penggembaraan BoBoiBoy dan rakan-rakannya dalam BoBoiBoy Galaxy SORI.

Post a Comment

1 Comments

  1. Lama dah tak tengok Boboiboy. Tiber rasa nak tengok yang latest ni hehehe

    ReplyDelete