Sinopsis Drama Anggun (TV Okey)

Anggun (TV Okey)

Drama : Anggun
Produksi : RYE Production
Pengarah : Zaili Sulan
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Siaran : TV Okey
Mula Tayangan : 28 November 2023
Masa : Isnin-Sabtu | 2.30 Petang
Episod : 20
Pelakon : Elya Miera, Ikhlas Jalil, Idham Maulana, Eleen Arisha, Sharifah Nur Antasha, Rayme Ramlee, Putri Taqwim, Ady Adnan, Heizy Razali, Azri Mokhtar, Crystaline Yvonne, Farra Zainuddin, Hairi Ghani

Sebuah kisah mengenai Anggun yang mempunyai cita-cita menjadi pereka kasut yang terkenal, namun hasratnya di tentang oleh ayahnya sendiri yang menganggap kerjaya itu tiada masa depan.

Anggun (TV Okey)

Sinopsis Drama Anggun

Mengisahkan Anggun (Elya Miera) seorang gadis yang bercita-cita untuk menjadi pereka kasut terkenal namun impiannya tidak disukai oleh ayahnya. Selepas menghabiskan pengajiannya, Anggun bekerja kilang dan dalam masa yang sama cuba memohon kerja sebagai pereka kasut namun nasib belum menyebelahi dirinya.

Manakala Huzir (Ikhlas Jalil) mempunyai teman wanita bernama Sofia (Eleen Arisha) seorang pereka kasut. Hubungan mereka tidak disenangi oleh ibu Huzir kerana perangai Sofia yang berlagak diva. Puan Sri Sarah (Sharifah Nur Antasha) yang merupakan ibu Huzir merupakan seorang wanita berjaya yang mempunyai perniagaan butik dan banyak lagi berhasrat untuk membuka butik kasut namun hasratnya masih terbantut kerana masih tidak menjumpai pereka kasut yang sesuai. 

Huzir terkilan apabila Puan Sri Sarah tidak mahu mengambil Sofia bekerja di butiknya kerana bagi Puan Sri Sarah rekaan Sofia tidak menepati citarasanya dan tidak mempunyai identiti sendiri.

Suatu hari, Puan Sri Sarah berkolabrasi dengan pereka kasut terkenal dan kemudiannya bertemu dengan Anggun. Dia berminat dengan rekaan yang dilukiskan Anggun dan mahu gadis itu bekerja dengannya.

Anggun (TV Okey)

Saksikan drama bersiri Anggun lakonan Elya Miera dan Ikhlas Jalil yang ditayangkan pada setiap hari isnin hingga sabtu jam 2.30 petang di TV Okey.

Post a Comment

0 Comments