ILYS - I Love You Stupid (TV3) | Sinopsis Drama

ILYS - I Love You Stupid (TV3)

Drama :  I Love You Stupid
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Eyra Rahman
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Siaran : TV3/ VIU
Mula Tayangan : 14 November 2023
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Episod : 40
Pelakon : MK K-Clique, Ezzanie Jasny, Haidar Hasanudin, Fauzi Nawawi, Marisa Yasmin, Lisdawati, Syad Mutalib, Fad Anuar, Luqman Junaidi, Aween Ismail, Adam Corrie, Mas Anizan, Qistina Raisah, Hanna Aqeela, Raf Roslee

Sinopsis Drama ILYS - I Love You Stupid

Diadaptasi dari novel I Love You Stupid karya Melur Jelita, mengisahkan Iris (Ezzany Jasni) seorang gadis yang dilahirkan dalam keluarga kaya dan selalu berlagak diva sanggup mengorbankan orang sekeliling demi kepentingan diri sendiri.

Iris merancang untuk menyertai satu misi kemanusiaan dan bapanya memberi syarat untuk menerima Firman (MK K-Clique) sebagai pengawal peribadinya demi menjaga keselamatannya.

Firman a.k.a Inspektor Ibrahim atau abang Pedas pernah bertemu dengan Iris sebelum ini dalam aktiviti SUKSIS di universitinya. Iris tidak senang dengan lelaki itu kerana tidak sependapata menyebabkan mereka sering bertengkar setiap kali bertemu. 

Namun Iris terpaksa menerima kehadiran Firman kerana dia mempunyai rahsia tersendiri menyertai misi kemanusiaan tersebut.

ILYS - I Love You Stupid (TV3) | Sinopsis Drama

Saksikan I Love You Stupid lakonan Ezzany Jasni dan MK K-Clique yang bersiaran mulai 14 November 2023 pada setiap hari isnin hingga khamis, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.

Post a Comment

0 Comments