Zaara (Netflix) | Review Movie

Zaara (Netflix) | Review Movie

Filem : Zaara
Produksi : JROI Global Film, Redfiress Film Production
Pengarah : Roy
Penulis Skrip : Epy Kodiang
Tayangan : 29 Disember 2022
Durasi : 1 Jam 45 minit
Genre : Seram Komedi
Pelakon : Kamal Adli, Atikah Suhaimi, AC Mizal, Syaiful Zero, Azlan Komeng, Wang Gegau, Ain Awok, Azlee Senario, Adam Shahz, Aril RL

Zaara (Netflix) | Review Movie

Mengisahkan Remy (Kamal Adli) yang takut hantu dan akan pulang sebelum pukul 6 petang. Suatu hari, Maya (Atikah Suhaimi) mengajak Remy ke partinya dan Remy bersetuju dengan syarat ditemani kawan baiknya yang juga sepupu Maya iaitu Budi (Syaiful Zero).

Dalam perjalanan pulang selepas parti tersebut, Remy telah ditimpa kemalangan jalan raya dan mengalami kecederaan ringan. Remy menemui seutas kalung rantai. Sejak itu, Remy mengalami pelbagai kejadian aneh sehingga hampir mencederakan keluarganya.

Keluarga Remy mencari tok bomoh untuk mengubat Remy, rupa-rupanya Remy dirasuk oleh hantu bernama Zaara yang mempunyai kisah tragis sendiri dan mahu membalas dendam.

Zaara (Netflix) | Review Movie

Aaraz a.k.a Zaara (AC Mizal) mempunyai perwatakan yang lembut dan suka mekapkan orang. Selepas ibu dan ayahnya meninggal, Aaraz dijaga oleh emak angkat yang sentiasa menyokong Aaraz.

Aaraz nak cari duit untuk adiknya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dalam masa yang sama kawan-kawannya berjaya mencari pembeli yang berminat dengan produk skincare resepi rahsia keluarga Aaraz. 

tapi sebenarnya ini semua rancangan kawan-kawan Aaraz yang menipu dan berpakat dengan Pablo (Azlan Komeng) mahu mencuri resepi rahsia tersebut. berlaku pergaduhan sehingga akhirnya Aaraz dan keluarga angkatnya dibunuh. so hantu Aaraz atau Zaara ni bangkit nak balas dendam pada semua orang yang mengkhianatinya.

Zaara (Netflix) | Review Movie

Walaupun filem Zara baru tayang di pawagam pada akhir tahun 2022 tapi kalau tengok dari visual, mekap dan outfit pelakon nampak sangat filem ni dah lama diperam macam zaman tok nadok.

filem ni macam tak ada hala tuju dan jalan cerita pun serabut. sekejap nak sembang pasal hantu pastu tiba-tiba jadi kes bunuh dan hantu nak balas dendam. banyak watak dalam filem ni tapi tak nampak motif dan kepentingan pada jalan cerita. 

itu belum nak cerita detail lagi macam kes pembunuhan yang tiada siasat. kenapa Remy nak tolong balas dendam pula sebab bukan dia kenal pun si Zaara ni sepatutnya semua ni kerja polis. yang part Zaara pun, adik kau nak sambung belajar pergilah minta pinjaman mara ke apa ke banyak kot. ini buat drama sedih terdesak nak guna duit.  kesimpulan buat membazir masa je tengok.

Post a Comment

0 Comments