Seandainya Aku by Hash Aulia | eBook Review

Seandainya Aku by Hash Aulia | Book Review

Novel : Seandainya Aku
Penulis : Hash Aulia
Helaian : 342
Penerbit : HA Novel Publication
Terbitan : Disember 2019

Bermadu, adalah mimpi ngeri bagi setiap isteri. Mana mungkin dia mampu berkongsi. Azril cuma milik dia, dan akan jadi milik dia. Malangnya, bukan itu keputusan mertua. Kerana zuriat, Farra dihina serta difitnah.

Cadangan dia disalahtafsirkan oleh sang suami. Dek kerana itu, tubuh mula menjadi sepak terajang. Hidupnya huru-hara sekelip mata. Tak cukup dengan itu, Farra diceraikan tanpa belas kasihan. Sekelip mata, dia hilang tempat bergantung.

Di saat diri hilang arah, Umar muncul tanpa disangka. Melamar dirinya yang hina kerana satu asalan.

"Kahwin dengan I. Buktikan pada mereka yang you tak mandul." -Umar

Mustahil. Antara mereka berdua, tiada cinta. Apatah lagi, Umar tu sepupu Azril. Mana mungkin Farra sambut huluran tangan dia. Namun, hinaan demi hinaan daripada bekas keluarga mertua, Farra terpaksa menyambut huluran Umar demi maruah.

"I tak cintakan you. I kahwin dengan you sebab nak buktikan Mereka salah. I tak sanggup dihina." - Farra

"For sure. Seberapa ramai anak yang you nak, I boleh bagi. Sebab I memang lelaki gatal." - Umar.

Sengih senget Umar tu, buat jantung Farra tak senang duduk. Dia fikir, Umar cuma berseloroh. Malangnya, Umar memang lelaki miang!

"I dah cakap I lelaki gatal. You tak nak percaya."

Farra rasakan dunianya terbalik 360 darjah tatkala menjadi isteri Umar. Senyuman yang dulu hilang, kini kembali. Cinta yang mati, mula membuahkan rasa buat Umar. Malangnya, kekejaman bekas keluarga mertua, menghancurkan kebahagiaan mereka. Farra kembali tercampak ke lembah derita yang mereka cipta tanpa Umar disisi.

Review Novel Seandainya Aku

lately ni rajin pula beli ebook gara-gara teracun dengan tik tok. adoyai konon nak jimat dari beli buku tapi hurmm boleh pokai sis.

Seandainya Aku mengisahkan perkahwinan Farra dan Azril yang bahagia tapi bila masuk tahun keempat isu anak sering dimainkan oleh emak mertuanya sampai mak mertuanya gamaklah cari calon isteri baru buat Azril dan buat fitnah untuk hancurkan perkahwinan anak sendiri. akhirnya Farra mengalah bila suami sendiri tak percayakan dia.

tak lama kemudian Umar pula masuk meminang, Farra fikir banyak kali juga sebab Umar ni sepupu Azril tapi akhir sekali Farra kahwin juga dengan Umar dan bertuah Farra bila kali ini dapat keluarga mertua yang baik walaupun mereka kenal siapa Farra sebelum ni.

part Farra dan Azril memang sakit hati juga baca sebab emak mertua punya perangai hurmm melampau sampai akhirnya Azril pun termakan dengan kata-kata mak dia dan kahwin dengan calon pilihan emaknya.

bila masuk Umar hahaha sis suka, walaupun dia macam gatal sikit dengan Farrah tapi sangat protective dan dia tahu apa yang dia nak. tapi itulah macam tak puas sikit sebab banyak part sepatutnya dikembangkan sebab nak tahu juga macam mana Umar boleh start suka Farra dan kenapa dia ambil keputusan untuk kahwin dengan Farra sebab kesian atau cinta.

Overall nice story sebab ada pengajaran yang cuba disampaikan. bila isu anak dibangkitkan dalam rumah tangga mesti perempuan dipersalahkan padahal suami sendiri tak pernah ambil serius untuk berusaha bersama. suka watak Farra sebab sangat strong bangkit dari hidup dia selepas perkahwinan pertamanya hancur angkara ibu mertua.

**MY RATING: ⭐⭐⭐ /5**

Post a Comment

0 Comments