Jemputan Ke Neraka (Netflix) | Review Movie

Jemputan Ke Neraka

Filem : Jemputan Ke Neraka
Produksi : AN Universal
Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Amor Rizan, Saiqa Auriza Askari
Network : Netflix
Tayangan : 22 Jun 2023
Durasi : 1 jam 46 minit
Pelakon : Janna Nick, Hafreez Adam, Sharifah Sakinah, Hariz Hamdan, Aleza Shadan, Nick Syaf, Amy Nur Tinie, Jasper Supayah, Wafariena, Alif Hadi

SINOPSIS:
Jemputan perkahwinan rakan lama berubah menjadi jemputan ke neraka setelah pengantin dijumpai mati dibunuh. Mampukah mereka menyelamatkan diri dari neraka yang menanti?

Jemputan Ke Neraka

Mengisahkan Ivy (Janna Nick) seorang kurator balai seni menerima jemputan perkahwinan dari kawan universitinya, Lisa Henderson (Jasper Supayah). Ivy meminta tunangnya iaitu Norman (Hafreez Adam) untuk menemaninya ke majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah banglo di tengah hutan.

Setibanya di sana mereka bertemu dengan Rania (Sharifah Sakinah), Adam (Nick Syaf), Sofea (Amy Nur Tinie) dan Fiq (Hariz Hamdan) yang merupakan rakan sekolah Lisa. Ivy rasa pelik sebab semua yang hadir adalah kawan sekolah Lisa dan mengejutkan bila dia tahu Norman juga satu sekolah dengan Lisa dan mereka semua. 

tapi yang membuatkan mereka pelik bila majlis tersebut sunyi dan langsung tiada kelibat tetamu mahupun pengantin. Ivy ke tingkat atas untuk mencari Lisa namun dikejutkan dengan penemuan mayat Lisa yang digantung. dalam keadaan kelam kabut tersebut Sofea telah diserang sehingga tidak sedarkan diri.

Fiq yang merupakan teman lelaki Sofea mahu membawa Sofea mendapatkan bantuan kecemasan tapi kereta mereka tidak dapat dihidupkan. Mereka semua terperangkap di banglo tersebut, Ivy cuba merungkai kebenaran kenapa Rania, Adam, Norman dan Sofea sahaja yang dijemput ke situ. Dalam masa yang sama Ivy meminta penjelasan mengenai gambar Salina (Wafariena) yang berada di bilik Lisa dan apa kaitan Salina dengan mereka semua.

Jemputan Ke Neraka

Jemputan Ke Neraka sebuah filem mengenai pembalasan dendam. Salina sebenarnya mangsa buli ketika di sekolah dulu sehingga membunuh diri. Keluarga Salina cuba mendapatkan keadaan tapi undang-undang tidak memihak kepada mereka.

Rania memberitahu Ivy yang Lisa adalah pembuli Salina kerana cemburu Salina mendapatkan lebih perhatian ketika di sekolah tapi apa kaitan kematian Salina dengan Rania, Norman, Adam dan Sofea?

Jemputan Ke Neraka (Netflix) | Review Movie

konsep dan jalan cerita agak menarik dan penuh persoalan tentang motif kejadian dan siapa dalang pembunuhan tapi banyak kelemahan juga pada jalan ceritanya dan banyak sangat drama dan klise, part flashback agak awkward dan plot twist not bad la.

filem ini berkonsepkan thriller psikologi, ok faham bukan senang nak terima ketidakadilan yang berlaku pada keluarga dan orang yang tersayang. tapi jujur cakap tak impress sangat dengan ending dia sebab kalau seorang yang menggila nak balas dendam, sis faham tapi kalau dah satu keluarga menggila ini namanya tak redha macam satu family tak ada agama. pastu pembunuh sendiri yang serah diri, senang betul kerja polis.

tak sure filem ni shoot tahun berapa sebab dari segi sinematography kurang memuaskan dan pelakon punya mekap dan baju macam ketinggalan zaman pula. pastu yang kelakar buat wedding tengah hutan, kalau akulah tak kuasa drive jejauh tengah hutan tak kisahlah member baik pun. yang kau pilih lokasi merapu siapa suruh.

Post a Comment

1 Comments

  1. kannnn padahal jarak masa adam meninggal dengan wedding lisa tu jauh la jugak. bukannya pada hari yang sama.

    ReplyDelete