Aku Dan Adik (TV3) | Sinopsis Telefilem

Aku Dan Adik

Telefilem : Aku Dan Adik
Produksi : Mermaid Studios
Pengarah : Khir Rahman
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 10 September 2016
Pelakon : Liyana Jasmay, Afieq Shazwan, Sahronizam, Adam Lee, Fazlina Ahmad Daud

Aku Dan Adik

Sinopsis Telefilem Aku Dan Adik

Mengisahkan Pak Lokman (Sahronizam) yang kematiannya isterinya membuat keputusan untuk berpindah kembali ke kampung bersama dua orang anaknya, Eira dan Hanif. Eira dan Hanif mengikat janji untuk menyimpan segala rahsia agar tidak menambahkan lagi kesedihan ayah mereka.

Sejak kecil lagi, Eira (Liyana Jasmay) ditatang bagai minyak penuh dan menjadi harapan untuk mengubah nasib keluarga mereka. Manakala Hanif (Afieq Shazwan) pula selalu dianggap sebagai anak yang harus melakukan segalanya. Tiada siapa menyangka Hanif berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di Tingkatan 6 dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran di maktab penguruan.

Suatu hari, Eira pulang dengan sebuah berita buruk dan meminta Hanif merahsiakan perkara tersebut dari ayah mereka. Kerana mahu menjaga Eira, Hanif memberitahu ayahnya mahu menangguhkan dulu tawaran kemasukan ke maktab.

Post a Comment

0 Comments