Tajuk : Tuan Zidhan
Penulis : Sara Hezra
Helaian : 447
Penerbit : Kaseh Aries Publication
Terbitan : Mei 2023
SINOPSIS:
Hidup Hanisa jadi huru-hara semenjak dia bersetuju menerima tawaran Tan Sri Jabbar untuk memujuk Firyael Zidhan pulang ke Malaysia. Setelah Zidhan kembali, lelaki itu tidak hanya menghancurkan impian perkahwinannya bersama Muzaffar Tan Sri Jabbar malah menyingkap rahsia besar dalam keluarga mereka!"Apa sebenarnya yang you rancang, Zidhan? I tak faham!”~Hanisa.“Tak perlu faham Nisa. You hanya perlu lalui semua yang telah dirancang supaya you kenal dan tahu siapa yang selalu ada untuk you.”FIRYAEL ZIDHAN - Dia hadir untuk menuntut keadilan namun menyingkap kembali sejumlah hari silam bukanlah mudah.HANISA - Terlalu banyak watak yang muncul mengungkap rahsia demi rahsia membuatkan dia semakin keliru. Mahu berlari kepada siapa saat segalanya semakin meruncing? Muzaffar atau Zidhan?" You cuba dikelirukan oleh Zidhan. Semuanya berlaku berpunca dari dia. Dia yang salah!”~Muzaffar.Antara cinta, dendam dan pengkhianatan, pasti ada yang perlu menjadi korban. Antara mereka, siapa yang akan terkorban?"I perjuangkan you sekian lama, Nisa. First love at first sight. I perlu selesaikan apa yang telah mulakan!"~ZidhanTerleraikah kekeliruan saat cinta juga mulai hadir? Atau cinta juga hanya satu sandiwara untuk melunas dendam?
Review Novel Tuan Zidhan
Zidhan menetap di Indonesia dan langsung tiada keperluan untuk dia balik ke Malaysia setelah ayahnya meninggal dunia dan ibu tirinya, Roseline berkahwin dengan Tan Sri Jabbar. Suatu hari, Tuan Jabbar menghantar pembantunya, Hanisa untuk membawa Zidhan pulang dan kerana pembohongan Hanisa, Zidhan akhirnya kembali ke Malaysia.
Roseline walaupun nampak baik dengan Zidhan tapi ada agenda tersembunyi iaitu untuk memujuk Zidhan melepaskan syer dalam Artama Resort. Zidhan tak kisah dengan harta bapanya yang diuruskan Roseline walaupun tak puas hati syarikat bapanya yang kononnya dijual sebenarnya ditukar milik kepada Tan Sri Jabar. cuma dia tak boleh lepaskan Artama Resort kerana sebab tertentu.
Hanisa pula anak angkat kepada Roselina dan ditunangkan dengan anak Tan Sri Jabbar iaitu Muzaffar yang kaki perempuan. Roseline ada agenda tersendiri juga kenapa dia ambil Hanisa sebagai anak angkat dan beria-ia nak Hanisa kahwin dengan Muzaffar.
Malangnya Zidhan tahu semua agenda ibu tirinya lalu bertindak menculik Hanisa dan berkahwin dengan gadis itu secara senyap dengan tujuan untuk melindungi Hanisa.
Buku Tuan Zidhan nak cerita pasal golongan kaya yang tamak pastu nak ambil hak milik orang pula. plot novel ni agak bersepah dan banyak benda yang aku rasa tak realistik dalam novel ni.
Tuan Zidhan selain perkahwinan pertamanya yang tidak bahagia digambarkan serba serbi sangat perfect. cuma aku tertanya kaya sangat Zidhan sampai harta bapa dia pun tak kisah bila emak tirinya buat tuntutan. pastu dia buat KL-Jakarta-Terengganu macam sebelah rumah je. bila ada problem di Terengganu berdesup sampai pastu berdesup terbang ke Jakarta balik. tahulah ada private jet member pun tapi agak-agaklah.
Benda yang aku tak faham kenapa Zidhan buat keputusan kahwin dengan Hanisa. boleh sahaja beritahu Hanisa perkara sebenar dan biar Hanisa yang membuat keputusan dengan hidup dia. rimas pula bila Zidhan buat Hanisa macam tawanan dan kena ikut cakap dia, dah la kahwin pun tak minta persetujuan pengantin perempuan. tak make sense betul.
buku ni ada plot twist yang menarik tapi secara overall, plot buku ni agak bersepah dan terlalu banyak watak yang cuma membuat onar dan paling tak suka bila hero dia terlalu dominan dan watak heroin pula tak nampak bijak membuat keputusan.
**MY RATING : 2.5/5 **
Baca juga : Novel Saat Kau Takluk Cinta Ini karya Sara Hezra
1 Comments
😅😄😄 i feel you . Kalo membaca buku yang rasanya memang tak masuk akal, itu bagai nak tutup halaman saat itu juga, tapi masih ingin tahu endingnya 😂. Jadi walau bikin mata berkerut pun, tetap saja dibaca kan.
ReplyDeleteTerkadang ada beberapa novel yg buat saya pun agak berlebihan dan tak masuk akal. Tapi saya paham itu cara oenulis untuk bikin aneka konflik supaya cerita makin menarik.
Sayangnya, bukan jadi menarik, malah terlalu mengada-ada. 😅