Sementara Aku Masih Ada (TV1) | Review Telefilem


Telefilem : Sementara Aku Masih Ada
Produksi : Rastech World Wide Sdn Bhd
Pengarah : Hafiz Shafie
Idea Asal : Hafiz Shafie
Penulis Skrip : Rais Ahmad
Siaran : TV1
Tayangan : 22 Julai 2023
Durasi : 1 jam 28 minit
Pelakon : Hanna Aqeela, Nafiz Muaz, Fauziah Nawi, Rahim Jailani, Aida Khalida, Izzat Mustaq, Maisara Sufia, Daniel Fiq, Mak Mah

SINOPSIS:
Alisa mula insaf dan bertaubat dengan kesilapan dan kisah lampaunya. Dia kemudiannya jatuh cinta dengan seorang pemuda. Keadaan menjadi sukar selepas pemuda itu mengetahui kisah lampau Alisa membuatkannya menjauhi diri.

Sementara Aku Masih Ada (TV1) | Review Telefilem

Sementara Aku Masih Ada mengisahkan Alisa (Hanna Aqeela) seorang gadis yang dilahirkan dalam keluarga kaya dan hanyut dengan kehidupannya yang jauh dari ajaran Islam. 

Alisa menyertai misi sukarelawan di Palestin, melihat orang islam yang berpegang teguh mempertahankan agama dalam keadaan yang mencabar membuatkan Alisa mula insaf dan bertaubat.

Sekembalinya ke Malaysia, Alisa berubah mendekatkan diri dengan agama dan menyesali segala dosa-dosanya. Perubahan Alisa mendapat sokongan daripada keluarganya namun ada juga yang tidak senang dengan imej Alisa yang baru.

Sementara Aku Masih Ada (TV1) | Review Telefilem

Alisa semakin rapat dengan Adam (Nafiz Muaz) yang merupakan pekerja ayahnya dan ketika mengikut Adam pulang ke Kampung, Alisa semakin rapat dengan Nek Jah (Fauziah Nawi) dan selalu meluahkan tentang dosanya dan takut taubatnya tidak diterima oleh Allah.

Adam dan Alisa kemudiaannya saling jatuh cinta dan apabila hubungan mereka baru bermula, Adam mengetahui tentang masa silam Alisa menyebabkannya menjauhi Alisa.

Dalam masa yang sama, Alisa disahkan menghidap barah dan tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup kerana barahnya dikesan agak lewat. Apakah pengakhiran Alisa?

Sementara Aku Masih Ada (TV1) | Review Telefilem

jalan ceritanya menarik dan sedih, kisah mengenai seorang gadis yang melakukan dosa mahu bertaubat dan menyesali dengan dosa-dosa masa lalunya, dalam masa yang sama takut andai taubatnya tidak diterima.

Dalam Sementara Aku Masih Ada, bukan sahaja Alisa yang menerima ujian tapi juga orang sekelilingnya seperti Adam sama ada Adam boleh menerima Alisa seadanya atau tutut menghina Alisa kerana masa silamnya.

Overall nice story dan banyak pengajaran yang cuba disampaikan.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments