Payakorn Sorn Ruk (2020) | Review Drama

Payakorn Sorn Ruk (2020) | Review Drama Thailand

Title : Payakorn Sorn Ruk (พยากรณ์ซ่อนรัก)
Another Title : Prophecy of Love
Director : Yuthana Lorphanpaibul
Screenwriter : Suphawan Thongklib, Muanfhun Chaonua, Sansanee Tulayathanabodi
Network : Channel 3
Episodes : 13
Duration : 1 hour 50 minutes
Cast : James Jirayu, Ice Preechaya, Mai Warit, Pear Pichapa, Benz Kamoncha, Cine Phatrakorn, Pop Thatchathn, Rungrada

SYNOPSIS : 
Rosita gets into a car accident and suddenly gets a talent where she sees the future when she touches a rose. She becomes a famous fortune teller. One day, she makes a prediction in public to reporters that Theeruth, a famous actor, will make a woman pregnant and have a secret child. That prediction gets Theeruth into trouble, and their relationship becomes antagonistic from that day.

Payakorn Sorn Ruk (2020) | Review Drama Thailand

Payakorn Sorn Ruk mengisahkan Rosita atau Rose (Ice Preechaya) yang mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan seseorang melalui bunga ros selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Suatu hari, Ros diundang ke sebuah rancangan tv untuk menilik nasib seorang pelakon terkenal bernama Theerut (James Jirayu). Ros memberitahu yang dia melihat Theerut dikelilingi ramai wanita dan akan terlibat dengan seorang wanita mengandung. Sejak peristiwa tersebut, pelbagai gosip buruk menimpa diri Theerut menyebabkan dia sangat benci dengan Rose.

Rose pula berhenti dari menilik nasib sebab bukan semua orang boleh menerima dan percaya dengan apa yang dia nampak. Selepas lima tahun, Rose selesa menguruskan kedai bunganya.

Payakorn Sorn Ruk (2020) | Review Drama Thailand

Rose mendapat undangan daripada seorang client dia bernama Khun Pat dan terkejut bila khun Pat mahu dia menilik nasib. Memandangkan Khun Pat sudah banyak menolongnya, Rose bersetuju mengikut permintaan khun Pat untuk melihat masa depan enam tetamunya secara serentak. Mereka semua terdiri daripada orang ternama, salah seorangnya merupakan Theerut.

Dalam prophecy tersebut, Rose terkejut melihat masa depan Theerut yang mereka berdua akan menjadi kekasih. Rose memilih untuk merahsiakan perkara tersebut dengan memberi alasan kepada pihak penganjur dia tidak nampak apa-apa kerana sudah lama tidak menilik nasib.

Payakorn Sorn Ruk (2020) | Review Drama Thailand

Nak dijadikan cerita, lima orang yang ditilik nasib oleh Rose mempunyai rahsia gelap masing-masing. Mereka berasa insecure kerana takut Rose telah nampak sesuatu yang mungkin menjadi ancaman pada mereka. Antara kelima-limanya, mereka mempunyai motif tersendiri untuk menyerang Rose.

Hal ini menyebabkan hidup Rose dalam bahaya dan sering diserang oleh orang yang tidak dikenali. Pada mulanya Rose syak Theeruk sebab kes lima tahun dulu dan Theerut pula selalu berada di tempat kejadian setiap kali dia diserang.

Tapi sebenarnya Theerut kebetulan berada di tempat kejadian, dah nampak Rose kena serang dia cuba hulurkan bantuan. Bila tahu kejadian menimpa Rose dan Rose tiada tempat selamat untuk menyembunyikan diri, Theerut menawarkan Rose untuk berlindung di rumahnya. Dalam masa yang sama, Theerut cuba membantu Rose menyiasat kes dia. Itulah dalam pada benci tu tiba-tiba bertukar jadi sayang dan terus terjatuh cinta.

Payakorn Sorn Ruk (2020) | Review Drama Thailand

Actually wanita mengandung yang Rose nampak dalam prophecy Theerut dulu merupakan adik Theerut iaitu Ran dan anaknya, Rawee. Theerut pun ada motif tersendiri menggunakan Rose iaitu untuk menangkap Auyachai yang telah menyebabkan Ran mengandung dan menghilangkan diri. bila disiasat Auyachai sudah menjadi anak buah salah seorang suspek yang cuba menyerang Rose.

Kacha (Mai Warit) merupakan polis yang menyiasat kes Rose dan juga kawan baik Theerut. Kerja Kacha jadi mudah apabila Theerut banyak menolongnya menyiasat kes Rose sampai dia suruh Theerut berhenti jadi pelakon dan jadi polis.

Dalam diam Kacha sebenarnya sudah lama menyimpan perasaan pada Ran sejak zaman sekolah lagi tapi kesian sebab Ran tak pernah nampak dia. Nasiblah si Rawee ni suka giler pada Kacha sampai minta jadi daddy dia.

Payakorn Sorn Ruk (2020) | Review Drama Thailand

Walaupun Rawee sebenarnya anak buah Theerut tapi untuk menutup gosip buruk, Theerut memberitahu kepada netizen yang Raween adalah anak angkat keluarganya. Hubungan Rawee dan Theerut juga sangat rapat.

suka tengok Rawee ni berlakon sebab comel sangat pastu pandai cakap dan berlakon. jarang pelakon kanak-kanak diberi dialog yang panjang tapi Rawee tak ada masalah dengan dialog yang panjang. walaupun scene dia tak banyak tapi part dialah yang paling sis suka sekali.

Payakorn Sorn Ruk (2020) | Review Drama Thailand

of courselah sis tengok drama ni sebab Jirayu dan dia ada chemistry yang best juga dengan Ice. Walaupun watak Theerut pada awalnya nampak annoying tapi Theerut sebenarnya seorang yang bertanggungjawab dan sangat melindungi orang di sekelilingnya. bila scene dia asyik flirt dengan Rose, adoyai sweet lahai couple ni.

Watak heroin pun agak strong sebab Rose tak tunduk pada keadaan walaupun banyak kali juga dia kena serang, kalau orang lain maybe boleh trauma tapi Rose pula daripada menyembunyikan diri dia cuba membantu Theerut dan Kacha mencari penjenayah yang sebenar.

Overall, plot dan jalan ceritanya agak menarik sebab selain pencintaan drama ini juga mengenai penyiasatan, berteka teki juga untuk tahu siapa penjahat sebenar. Daripada rahsia yang nampak biasa-biasa sehinggalah membongkar satu kes jenayah yang besar. pendek cakap setiap orang ada motif tersendiri.

Post a Comment

0 Comments