Oh No! Here Comes Trouble (2023) | Review Drama

Oh No! Here Comes Trouble (2023) | Review Drama

Title : Oh No! Here Comes Trouble
Director : Lin Kuan Hui
Screenwriter : Lin Kuan Hui
Network : iQIYI
Release Date : 15 April 2023
Episodes : 12
Duration : 52 minutes
Genre : Mystery, Supernatural, Comedy
Cast : Tseng Jing Hua, Vivian Sung, Peng Cian You, Cheryl Yang, Sun Qing, Bobby Dou, Mario Po, Derek Chang

SYNOPSIS:
Pu Yi Yong is a typical high school student. When he unexpectedly gains superpowers after waking up from a car accident, his previously uneventful life is suddenly not so ordinary anymore.

Oh No! Here Comes Trouble (2023) | Review Drama

Oh No! Here Comes Trouble sebuah drama Taiwan bertemakan misteri dan supernatural mengisahkan Pu Yi Yong (Tseng Jing Hua) seorang pelajar sekolah tinggi yang tidak mempunyai impian tapi mempunyai bakat dalam tulisan kaligrafi mewarisi bakat datuknya.

Suatu hari, Pu Yi Yong terlibat dalam kemalangan bas yang menyebabkan bapanya meninggalkan dunia manakala Pu Yi Yong dan datuknya pula koma. Yi Yong tersedar dua tahun kemudian.

Banyak perubahan yang berlaku dalam tersebut, kawan-kawan semuanya telah menyambung pelajar dan ada yang bekerja tapi Yi Yong tak ada plan untuk tamatkan sekolah sebab dia pun tak tahu nak buat apa dengan hidupnya walaupun Yi Yong sebenarnya suka melukis dan dalam diam buat webtoon tapi tak ada sambutan.

Oh No! Here Comes Trouble (2023) | Review Drama

Suatu hari, muncul seorang lelaki aneh yang datang meminta bantuan Pu Yi Yong. cuak juga si Yiyong bila tahu lelaki sebenarnya sudah meninggal dunia, selagi tak selesaikan misteri dan masalah selagi itulah lelaki tersebut terus mengikut dia. so nak tak nak terpaksa menyelesaikan masalah yang membelenggu masalah lelaki tersebut dan barulah lelaki itu akan pergi.

Tulisan kaligrafi yang ditulis Pu Yi Yong dengan ikhlas yang akan meleraikan ikatan mereka untuk bebas. lebih kurang begitulah. Mula-mula Pu Yi Yong ingatkan dia boleh berhubung  dengan orang mati tapi spirit itu sebenarnya obsesi manusia yang menyebabkan benda tersebut bernyawa. aku nak explain pun tak tahu, kena tengoklah sendiri baru tahu.

Setiap spirit yang datang mencari dia ada kisah tersendiri, macam kes pertama kisah lelaki yang menjadi mangsa buli di tempat kerja, spirit yang mengikat mayat tersebut sebenarnya patung yang dipuja oleh manusia. kes kedua pula, gadis tatu yang mahu mengetahui nama tuan dia then tersingkap kisah lelaki tersebut hidup dalam kesunyian sampai akhir hayat dia dan pada tatu tersebut tempat dia meluahkan masalahnya.

Oh No! Here Comes Trouble (2023) | Review Drama

Chen Chu Ying (Vivian Sung) seorang anggota polis menyiasat satu kemalangan tapi menemui jalan buntu apabila tidak menemui mangsa. Dia menangkap Yi Yong yang berkelakuan pelik merayau di tempat kejadian but then Yi Yong beritahu dia tentang mayat tersebut. terkejut juga kawan sampai pengsan bila tengok sendiri mayat tersebut.

Chu Ying bekerjasama untuk menyelesaikan segala misteri yang berlaku dan secara tak langsung juga Yi Yong juga yang bawa kes menarik yang menyebabkan dia dapat naik pangkat apabila berjaya menyelesaikan kes tersebut.

Oh No! Here Comes Trouble (2023) | Review Drama

paling terhibur dengan scene Pu Yi Yong dan Guang Yan (Peng Cian Yao) sebab mereka ni macam anjing dan kucing. Zaman sekolah Guang Yang pelajar paling pandai, Yi Yong pula pelajar tercorot. Bila benda buruk berlaku pada Guang Yan  mesti Yi Yong dituduh  buli Guang Yan.  sebab tu Yi Yong tak puas hati dan bila berjumpa mesti masing-masing dok lawan tenung sampai juling mata.

Guang Yang kemudiannya menyambung pelajar dalam bidang perubatan dan bertemu semua dengan Yi Yong apabila dia dan ayahnya berpindah rumah dan berjiran dengan Yi Yong dan ibunya.

Secara tidak sengaja Guang Yan dapat tahu keistimewaan Yi Yong dan dia kemudiannya bersama Chu Ying membantu Yi Yong menyelesaikan segala misteri yang berlaku.

Oh No! Here Comes Trouble (2023) | Review Drama

Jalan ceritanya nampak macam kelakar tapi sebenarnya sedih kot sebab setiap spirit ada kisah tersendiri dan apabila terungkai misteri ada kisah sedih di sebalik semua yang berlaku.

Dah lama juga tak melayan drama taiwan so tak berapa kenal sangat pelakon dia tapi semua cast dia best dan pandai bawa watak masing-masing. Watak YiYong sejenis kelakar juga sebab kadang dia agak lurus bendul. Guang Yan pula selalu riak sikit sebab dia pandai, walaupun selalu cari gaduh dengan Yi Yong tapi dia sebenarnya caring dengan YiYong lagi-lagi bila tahu Yiyong pelukis komik yang dia minat.  

banyak lagi watak watak yang best overall jalan ceritanya sangat menarik, siapa yang suka drama penyiasatan dan supernatural bolehlah tengok drama Oh No! Here Comes Trouble di iQIYI.

Post a Comment

0 Comments