Mimpi Tak Pernah Lupa by Fakhrull Halim | Book Review

Mimpi Tak Pernah Lupa by Fakhrull Halim | Book Review

Tajuk : Mimpi Tak Pernah Lupa
Penulis : Fakhrull Halim
Helaian : 371
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : Mei 2023

SINOPSIS:
Apabila Hana bermimpi, dia menjelma menjadi watak nyata dalam hidup Khairul. Khairul juga serupa. Kenapa begitu? Kenapa sekarang? Setelah kenangan sebagai suami isteri di bumi Jepun sembilan tahun dahulu, telah mereka lepaskan.

Hana sangka, dia telah melupakan segala-galanya tentang Khairul. Khairul yakin, dia pasrah melepaskan Hana. Sehinggalah mereka bertemu kembali.

Ego, kesal, rajuk ... lemas dalam rahsia-rahsia yang menjeluak. Mereka berlagak dewasa, berpura-pura melupakan masa silam.

Tetapi mimpi tidak pernah lupa … saat semua yang lain sudah melepaskan.

Setiap hari, manusia bermimpi empat kali; bercakap tidak kurang 7,000 patah kata; meminta maaf sebanyak lapan kali.

Bagaimana jika maaf tak terungkap, dek ruang bercakap dirampas?

Bagaimana jika Tuhan mengaturkan tiga pertemuan, dalam tiga peristiwa mimpi berbeza untuk memperbetulkan keadaan?

Apakah mimpi dapat membuatkan dua insan kembali ingat akan hal-hal yang cuba mereka lepaskan?


Review Novel Mimpi Tak Pernah Lupa by Fakhrul Halim


Buku ini mengisahkan Hana seorang wartawan ditugaskan untuk menemubual Khairul atau dikenali dengan Ryu, seorang kartunis jepun terkenal yang merupakan orang Malaysia. Tersingkap kisah mereka sebenarnya pernah berkahwin 9 tahun yang lepas di Jepun dan terpisah apabila Khairul tiba-tiba menghilangkan diri.

Permulaan nampak macam kisah biasa dengan flashback zaman remaja Khairul yang hidup susah dan sehinggalah dia berjaya mencipta nama sebagai kartunis di Jepun. juga mengenai kerjaya Hana yang bergelut untuk membahagi masa dengan keluarga dan kerjanya sebagai wartawan. Cerita dia macam slow sikit lepas tu banyak pasal politik lagi.

tapi bila masuk pertengahan makin menarik bila dapat tahu Khairul dan Hana ada satu ikatan istimewa yang mereka tidak sedar iaitu bila mereka bermimpi, mereka akan menjelma sebagai watak nyata dalam hidup pasangan mereka. Walaupun terpisah jauh tapi mimpi itu yang bawa mereka bertemu dalam waktu paling sukar dalam hidup mereka. 

Kalau buku Terang Bulan sangat thrill tapi buku kali ni agak chill dan relaks sebenarnya. ada beberapa konflik yang berlaku kerana campur tangan pihak lain tapi mimpi juga yang membawa mereka bersatu ke dunia nyata. overall, nice story dan menarik untuk dibaca.

**MY RATING : 4/5**


Boleh dapatkan Mimpi Tak Pernah Lupa di Shopee Prolog Media

Post a Comment

0 Comments