Malam Zulaikha (TV3) | Sinopsis Drama

Malam Zulaikha (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Malam Zulaikha
Produksi : Tanah Beris Film Production
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 8 Jun 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 15
Pelakon : Sweet Qismina, Adam Lee, Maria Farida, Ku Fridah, Fiza Thomas, Amyza Aznan, Syahmie, Danny Shah, Dilla Ahmad, Vanida Imran, Rahim Jailani, Azhar Amir, Syahmimi Kamal, Zalfa Zin

Saksikan drama seram mistik Malam Zulaikha yang akan ditayangkan mulai 8 Jun 2023, setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3.

Malam Zulaikha (TV3) | Sinopsis Drama

Malam Zulaikha sebuah drama arahan Shuhaimi Lua yang sebelum ini pernah mengarahkan drama Bawah Blok dan Aku Yang Kau Gelar Isteri, skrip pula ditulis oleh Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil.

Dibintangi oleh Sweet Qismina yang memegang watak utama sebagai Zulaikha, Adam Lee sebagai Izmir, Maria Farida sebagai Mustika, Ku Fridah sebagai Salbiah, Fiza Thomas sebagai Farah, Amyza Aznan sebagai Suria dan ramai lagi.

Malam Zulaikha (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Malam Zulaikha

Mengisahkan Zulaikha yang selalu mengalami gangguan mistik apabila usianya memasuki 20 tahun. Izmir yang merupakan kawan baik kepada Zulaikha menyedari hal tersebut lalu membawa Zulaika berjumpa dengan bapanya, Ustaz Rahim seorang pakar dalam ilmu perubatan Islam.

Melalui pertemuan tersebut, Ustaz Rahim memberitahu Zulaikha mempunyai saka pendamping yang diwariskan kepadanya. Hal ini menyebabkan Zulaikha dengan ditemani Izmir pulang ke kampungnya untuk mencari kebenaran.

Di kampung, mereka bertemu dengan nenek Zulaikha iaitu Engku Salbiah namun kehadiran Zulaikha menimbulkan rasa curiga kerana Engku Salbiah telah menyihir menantunya, Suria supaya mandul pada 20 tahun yang lalu. Makanya Engku Salbiah tidak percaya yang Zulaikha adalah cucunya.

Namun, kisah silam telah dibangkitkan dengan pendedahan oleh Mak Som, bidan yang telah menyambut kelahiran Zulaikha. Apakah yang bakal terjadi kepada kehidupan gadis ini?

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments