Jao Sao Jamloei (2022) | Review Drama Thailand

Jao Sao Jamloei (2022) | Review Drama Thailand

Title : Jao Sao Jamloei (เจ้าสาวจำเลย)
Another Title : The Defendant's Bride
Director : Torpong Tunkamhang
Network : Channel 7
Released Date : 16 Feb 2022
Episodes : 17
Genre : Romance
Cast : Hana Lewis, BigM Krittarit, Chingching Kharittha, Fifa Premanan, Ploy Randapa, Sa Anisa, Wasu Saengsingkaeo, Poonpat Attapanyapol, Nahathai Pichitra, Paweena Charivsakul, Man Patthanapol, Prakasit Bosuwan, Chalermporn Pumpanwong, Daran Thitakawin

SYNOPSIS:
When Ingjan's family attempts to trick her into marrying an old toad in order to pay off the debt they had incurred, Ingjan decides to escape. Somehow, she meets young vineyard owner Sichon along the way who helps her to escape. However, he is not as kind as he looks at first sight. In order to pay off her family's debt and protect her, Sichon wants her to marry him. The duration of this arrangement is only one year but the price from both sides are hefty. The dilemma is great, but Ingjan was never someone who could be used as a simple tool, especially by dangerous people like this Mr. Vineyard.

Jao Sao Jamloei (2022) | Review Drama Thailand

Jao Sao Jam Loei bertemakan revenge dan cinta mengisahkan Ingjan/ Jan (Hana Lewis) yang berketurunan bangsawan ditimpa masalah apabila perniagaan milik keluarganya hampir muflis dan rumah agam akan dilelong kerana maciknya, Ornanong tidak cekap menguruskan syarikat selepas ayahnya meninggal dunia.

Khun Ornanong mahu mengahwinkan Jan dengan seorang lelaki tua, Sia Mongkol yang berjanji untuk melangsaikan segala hutang tersebut tapi Jan tidak bersetuju dan cuba mencari alternatif lain. Tapi Khun Ornanong dan Sia Mongkol sudah bersekongkong masukkan drug dalam minuman Jan untuk paksa dia berkahwin.

Nasib baik Jan sempat lari dan diselamatkan oleh Sichon (BigM Kittarit) lalu Sichon membawa Jan ke rumah ladangnya dan memberi kata dua kepada Jan sama ada berkahwin dengan dia atau dia akan serahkan semula Jan kepada Sia Mongkol.

Jao Sao Jamloei (2022) | Review Drama Thailand

Sichon merupakan pemilik ladang anggur dan menjalankan perniagaan wine telah berjanji akan membantu melangsaikan segala hutang jika Jan setuju berkahwin dengannya. tapi Sichon ada agenda tersendiri iaitu mahu membalas dendam kepada Jan, gadis yang sama telah mengecewakan cinta dia dulu.

Nak dijadikan cerita, Sichon pertama kali terjatuh cinta dengan Jan apabila ternampak Jan di Tuscany, Itali dua tahun lepas. Jan ditimpa kemalangan jalan menyebabkan dia buta, Sichon yang menyelamatkan Jan dan menjaga Jan dalam tempoh tersebut. kiranya Jan tak pernah tengok muka Sichon dan tak tahu nama sebenar Sichon sebab dia panggil Nam sahaja.

Apabila Jan sembuh dan matanya dapat melihat semula berlaku salah faham di sini kerana kawan baiknya, Mek sudah berbohong mengenai Nam kononnya Nam sudah berkahwin. Sichon yang tak tahu apa-apa kecewa bila Jan terus menghilangkan diri tapi benda yang paling pedih bila dia dengar Jan menghina dirinya. 

sebab tu bila bertemu semua Sichon sudah merancang mahu membalas dendam pada Jan dengan memaksa Jan berkahwin kontrak dengan dia. Jan tiada pilihan terpaksa bersetuju apabila Sichon melangsaikan segala hutang dan memegang semua aset milik keluarganya.

Jao Sao Jamloei (2022) | Review Drama Thailand

Dalam drama ni banyak konflik dan villain yang mengganggu Jan dan Sichon. Antaranya ibu tiri Sichon, khun Dao dan abang tirinya Petch yang begitu benci dengan Sichon disebabkan mak Sichon dulu orang gaji keluarga mereka. Khun Dao suruh suaminya, Khun Atithep beri tanah yang jauh dari ibu kota kepada Sichon dan ibunya suruh mereka berambus dari keluarganya. 

Dari tanah kosong yang terbiar itu, Sichon mengusahakan tanaman anggur dan berjaya jadi pengeluar wine terbaik. dari tanah yang kecil, dia berjaya membeli tanah di sekitar untuk luaskan lagi ladang anggur dia. 

Apabila dapat tahu Sichon sudah berjaya dan memiliki aset yang banyak, Khun Dao dan Petch tak puas hati so mereka nak tuntut balik tanah tersebut ditambah pula Petch ni suka berjudi menyebabkan hutang keluarga mereka semakin banyak.

Walaupun hubungan Sichon dan Khun Atithep tak baik tapi Khun Atithep cuba menghalang Khun Dao dan Petch dari terus menganggu Sichon tapi masalahnya syarikat Khun Atithep pun ditimpa masalah juga. Adakah Khun Atithep akan mengikut arahan isterinya atau berpihak kepada Sichon?

Jao Sao Jamloei (2022) | Review Drama Thailand

Thipapa (Ploy Randapa) seorang pelakon popular dan rapat dengan Sichon tapi bila tahu Sichon anak orang gaji terus dia couple dengan Petch. Petch cuma nak menggunakan Thipapa sahaja sebab dia nak rampas semua hak Sichon.

Pendek cakap Thipapa terperangkap dengan permainan Petch dan terpaksa ikut semua benda yang Petch suruh buat. Dia nak rampas Sichon balik tak boleh sebab Sichon memang tak pernah hati dengan dia. Nak lepaskan diri dari Petch pun tak boleh juga sebab Petch ada klip video tak senonoh Thipapa.

Jao Sao Jamloei (2022) | Review Drama Thailand

Mekhala (Sa Anisa) kawan kepada Sichon. Mereka bertemu ketika Sichon pergi ke luar negara dan terus jadi kawan dan dalam diam juga Mekhala sudah jatuh cinta dengan Sichon. Apabila pulang ke Thailand, Mekhala berkawan baik juga dengan Jan tapi dia ni sebenarnya tak suka Jan dan cuba rampas Sichon. Mekhala menyimpan satu rahsia besar.

Jao Sao Jamloei (2022) | Review Drama Thailand

Yang ni si Mek atau Mekhin yang menjadi batu api mengeruhkan hubungan Jan dan Sichon sehingga menyebabkan berlaku salah faham besar antara mereka. Apa motif sebenar Mekhin?

Jao Sao Jamloei (2022) | Review Drama Thailand

banyak betul watak jahat dalam drama ni, stress juga melayan tapi banyak juga watak lain yang baik dan cuba menjernihkan hubungan Jan dan Sichon setiap kali mereka bergaduh. Antaranya Jomphob yang merupakan asisstant Sichon dan Tungpaeng, anak ketua kampung di situ.

Jomphob dan Tungpaeng selalu juga bertikam lidah tapi kalau hal Jan dan Sichon memang laju mereka bekerjasama untuk menghalau langau yang cuba kacau hubungan Jan dan Sichon. Dalam bergaduh tu, Jomphon dan Tumpaeng terjatuh cinta sesama sendiri.

Jao Sao Jamloei (2022) | Review Drama Thailand

Walaupun pada mulanya, Sichon berkahwin dengan Jan untuk membalas dendam tapi apabila melalui pelbagai halangan dan Jan sanggup berkorban dan jatuh cinta dengannnya, Sichon mulai dilema untuk percaya sama ada Jan gadis sama yang kejam pada dirinya dulu. 

Actually benda ni simple kalau Jan beritahu perkara sebenar kenapa dia benci sangat dengan Nam dulu, baru dia tahu siapa kawan sebenar dia tapi itulah nak tunggu sampai dekat hujung-hujung baru nak reveal everthing. penat!

So kesimpulan plot Jao Sai Jamloei klise sangat, kalau dah biasa melayan lakorn memang dah boleh teka jalan cerita tapi plot twist dia 😱. tapi biasalah, sis melayan lakorn ni sebab tersuka dengan hero dia dan great chemistry antara pasangan utama. oklah untuk tontonan santai time bosan.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. Nak panjangkan episod sebab tu banyak langau. Kalau terus terang dari awal habis le citer, hehehe

    ReplyDelete