Drama Thailand | Wong Wien Hua Jai (2021)


Title : Wong Wien Hua Jai
Another Title : Revolving Hearts
Director : Anuwat Thanomrod
Network : Channel 7
Aired : 21 Jan 2021 - 24 Mar 2021
Episodes : 18
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Porche Saran, Now Tisanart, Takphet Lekawijit, Ploy Randapa, Film Chatdao, Win Chawinwut, Nattarin Suwannalerd, Ninew Kanyarat

Wong Wien Hua Jai mengisahkan Bow (Now Tisanart) yg baru pulang ke Thailand kecewa apabila mendapat tahu kekasihnya, Pong telah berkahwin dengan Vithanee. Bow yg mabuk di kelab malam hampir dirogol berjaya diselamatkan oleh khun Tos Kanaphan (Porche Saran).


Tos sebenarnya abang kepada Vithanee, kemudiannya dapat tahu yg Bow ni bekas kekasih Pong. Tos merancang berkahwin dengan Bow untuk mengelakkan Bow kacau rumah tangga adiknya.

walaupun tengah kecewa tapi Bow sebenarnya tak rancang pun nak rampas bekas kekasihnya tapi kesian keluarga sendiri tak faham situasi dia. Tos pula tak habis salah faham dengan Bow sampai reka cerita kononnya mereka dah terlanjur untuk dapat persetujuan daripada parent Bow.

selepas berkahwin, Bow tinggal dengan Tos di ladang anggur milik Tos. biasalah drama kahwin paksa dalam bergaduh lepas tu jatuh cinta.


memang tak nafikan Tos seorang abang yg sangat baik pada Vithanee/Nee tapi cara dia manjakan adik dia melebih sangat. iye tahulah Nee tu tak sihat ada sakit jantung tapi itu bukan kredit untuk paksa semua orang ikut kehendak kau dan jadi kurang ajar.

awal tu, aku pun macam kesian juga dengan Pong tapi lepas tu takdenya nak rasa kesian sebab isteri dah mengandung masih lagi nak terkejar-kejar orang lain. scene yg sis stress bila si Pong Pong ni cakap dia tak boleh ceraikan Nee tapi pada masa yg sama dia nak dapatkan Bow juga. tamak betul laki ni wei.

bila tengok revenge lakorn ni memang stress gila dengan watak jahat dia. dalam drama ni pula watak jahat dia macam main pass baton pula. mula-mula meluat dengan Nee, bila Nee dah makin cerdik sikit adoi rasa nak maki si Pong pula. yg paling consisten watak Baitong, dari satu episod ke satu episod watak dia makin mengila, seram betul.


Baitong cinta mati sama Tos so tak boleh terima hakikat kena reject. macam-macam la plan jahat Baitong ni, dia punya jahat tu sampai sanggup bunuh orang. bad thing bapa dia tak boleh terima anak sendiri gila, bila sampai tak boleh nak control tu sepatutnya hantar rumah sakit jiwa tapi tak tahu apa yg bapa dia fikir.

somehow aku bertahan tengok drama ni sebab nak tengok apa yg si Baitong nak buat, benda gila apa yg dia nak meroyan lagi tapi scene dia juga aku jadi seram bila tengok muka dia yg psiko tu.


Wong Wien Hua Jai sebenarnya remake daripada drama lama, versi sebelum ni popular juga sebab heronya Weir Sukollawat. bila dah remake untuk kali ketiga sepatutnya jalan cerita boleh improve kot. scene yg menyemak pun banyak sebab 18 episode tu terlalu panjang dengan watak jahat tak habis nak meroyan.

lima episode terakhir tu seriusly bikin aku stress gila, watak hero dia pula tiba-tiba jadi annoying, si Baitong pun makin tingtong jadinya. kalau sis jadi heroinnya baik bawa diri ke luar negara je, habis cerita. kalau drama Takdir Yang Tertulis tu dah stress tengok, ini double triple dia punya stress..hahaha

Post a Comment

7 Comments

  1. mesti sepanjang episod ada je rancangan jahat. Remake pun tak de improve, kurang bestlah camtu sebab dah cliche.

    ReplyDelete
  2. pelakon2 thai ni comel2 belaka deh hehhehe

    ReplyDelete
  3. pelakon thai mmg cantik2 kan

    ReplyDelete
  4. Pergh!! drama stress nie boleh buat kita juga stress.. hahaha

    ReplyDelete
  5. hahaha i dah siap download takdir yg tertulis ni, u review ckp stress plak cita tu haha

    ReplyDelete