Game Sanaeha (2018) | Review Drama Thailand

Game Sanaeha (2018) | Review Drama Thailand

Title : Game Sanaeha
Another Title : Game of Love
Director : Chudapa Chantakett
Screenwriter : Nuntawan Rungwongpanich, Danaya Supying
Network : Channel 3
Release Date : 25 June 2018
Episodes : 14
Duration : 1 hour 50 minutes
Cast : James Jirayu, Taew Natapohn, Gul Amena, Chatayodom Hiranyatithi, Tanyares Engtrakul, Sattaphong Phiangphor, Duangta Toongkamanee, Pitchapa Phanthumchinda, Khwanruedi Klomklom, Premanat Suwannannon, Mayurin Pongpudpunth, Benjapol Cheuyaroon, Panthila Fuklin

SYNOPSIS:
Within two years so much happened: Muanchanok studied abroad, her parents got divorced, and her father is getting remarried to a much younger former beauty queen. This broken family transformed Nok into a jealous, ill-tempered woman fixated on reuniting her parents at all costs. 

Meanwhile, Lakkhanai began to live at Nok's house. He had grown from Nok's childhood acquaintance to a successful, upper-level manager in her father's company. His cohabitation infuriated Nok. Upon being challenged by Lakkhanai, Nok started a game of love with him. However, Nai's feelings for her were sincere all along. Will Nok win and break Lakkhanai? Or will she give in and accept his feelings?

Game Sanaeha (2018) | Review Drama Thailand

Game Sanaeha mengisahkan Muanchanok/ Nok (Taew Natapohn) yang pulang ke Thailand selepas menamatkan pengajian di luar negara untuk menyambut ulangtahun perkahwinan ibunya tapi dikejutkan dengan berita penceraian ibu bapanya.

Nok tidak dapat menerima berita tersebut kerana menyangka keluarganya bahagia selama ini tapi hakikatnya dia tak tahu Thawat dan Visaka bertahan selama ini demi kebahagian Nok. Apabila Nok sudah dewasa, mereka membuat keputusan untuk mengikut haluan masing-masing.

Nok ni anak yang manja dan childish, rasa tersakiti dengan perpisahan ibu bapanya. bila dapat tahu bapanya, Thawat (Chatayodom Hiranyatithi) mempunyai teman wanita bernama Khae (Gul Amena), Nok membuat rancangan untuk mengagalkan perkahwinan Thawat dan Khae, dan menuduh Khae punca ibu bapanya bercerai.

Game Sanaeha (2018) | Review Drama Thailand

Bukan sahaja tak dapat menerima kehadiran Khae malah Nok juga sangat anti dengan Lakhanai atau Nai (James Jirayu) yang merupakan anak saudara Visaka yang tinggal dengan keluarganya sejak kecil lagi. Nai pula jenis yang baik dan sangat rapat dengan Thawat dan Visaka sehinggakan Thawat menyerahkan jawatan penting dalam syarikat kerana percaya dengan kebolehan Nai.

Masalah dengan Nok ni terlalu prejudis dan tuduh Nai nak bolot harta keluarganya pastu buat rancangan untuk menyingkitkan Nai daripada keluarganya tapi Nai pun tak bodoh juga sebab selama ini sedar diri hidup menumpang dan terima sahaja kebencian Nok pada dirinya. Nai boleh agak yang Nok ada plan something nak kenakan dia bila Nai tiba-tiba baik dengannya tapi dia layankan sahaja. 

tapi seriusly perangai Nok sangat annoying dan tak matang tapi nasiblah hero dia alahai baik dan sweet betul, sis pula yang cair..haha tapi itulah Nok ni bukan nampak pun kebaikan Nai.

Game Sanaeha (2018) | Review Drama Thailand

Penny (Pear Pitchapa) pula merupakan anak orang gaji kepada keluarga Nok, orang yang tak puas hati dan mencemburui Nok sebab sejak kecil dia selalu rasa terpinggir apabila emaknya selalu melebihkan Nok dalam segala hal.

Makanya Penny cuba sabotaj hidup Nok, setiap kali Visaka mencarikan jodoh untuk Nok mesti Penny yang cantas dulu laki tersebut. watak dia pun annoying juga selain daripada Nok tapi itulah patut berterima kasih juga dengan Penny sebab kalau dia tak buat hal mesti Nok dan Nai tak buat keputusan untuk berkahwin.

Game Sanaeha (2018) | Review Drama Thailand

Penceraian Thawat dan Visaka bukan disebabkan orang ketiga tapi kerana tidak lagi mempunyai keserasian dan cuba bertahan mengekalkan hubungan mereka demi Nok. Selepas bercerai, Thawat dan Visaka masih lagi boleh berkawan baik walaupun masing-masing sudah mempunyai pasangan hidup.

Watak Visaka yang best dalam drama ni sebab selalu optimis dan happy, juga banyak menyelesaikan masalah yang berlaku dan selalu beri semangat kepada orang sekelilingnya. Selain pasangan Nai dan Nok, dan Thawat dan Khae, Visaka pun ada kisah cinta juga dia.

Walaupun Thawat sudah gembira dengan Khae tapi Visaka masih teragak-agak untuk terima Wongwes (Tao Sattaphong) dalam hidupnya disebabkan perbezaan umur antara mereka dan satu lagi sebab Visaka dan emak Wongwes berkawan baik pernah nak jodoh anak mereka, sekali Wongwes minat pula dengan Visaka. risau juga orang lain mengata dia. Apabila Thawat campur tangan dan beri nasihat barulah Visaka buka hati dia untuk terima Wongwes.

Game Sanaeha (2018) | Review Drama Thailand

konflik dalam Game Sanaeha agak panjang juga, ingatkan selepas kahwin Nok akan berubah tapi tetap juga sama dan makin ego. Walaupun Nok sudah sayang pada Nai tapi mulut tak habis cakap benci sampailah dia tercakap benda yang menyakitkan hati buat Nai tak boleh terima. time tu padan muka baru terhegeh-hegeh nak pujuk bila Nai dah tawar hati.

Walaupun perangai heroin dia mengada-gada dan annoying gila tapi dia punya hero alahai sweet betul, just orang bodoh macam Nok ni tak reti nak menghargai suami sendiri dan tak matang juga bila tak dah besar panjang pun tak boleh terima keputusan emak dan bapanya yang memilih untuk bercerai.

plot dan jalan cerita dia menarik, chemistry antara pelakon terutama sekali Nok dan Nai memang best. tapi itulah penat sikitlah tengok lakorn ni sebab perangai mengada-gada Nok macam dialah paling tersakit. Overall. nice story.

Post a Comment

0 Comments