Fedakar (2023) | Review Turkish Drama

Fedakar (2023) | Review Turkish Drama

Title : Fedakar (Endless)
Release Date : 18 March 2023
Episodes : 41
Cast : Berkay Veli, Aybüke Yilmaz, Mihriban Er, Ceren Yavuz, Kahraman Sivri, Eda Karagedik, Yigit Eser

Fedakar sebuah drama bersiri terbaru yang bertemakan konflik percintaan, kekeluargaan dan dendam mengisahkan Tarik (Berkay Veli) yang kehilangan kakaknya, Yesim dalam satu insiden tembakan bersumpah mahu mencari pembunuhYesim.

Fedakar (2023) | Review Turkish Drama

Pada hari ulangtahun kelahiran Yesim, Tarik dan anak buahnya mahu membuat kejutan hari jadi kakaknya. Namun pada hari tersebut juga Tarik telah kehilangan kakaknya yang telah ditembak mati ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, kes tersebut disyaki bermotifkan rompakan.

Selepas setahun, pihak polis masih lagi gagal menangkap pembunuh tersebut. Hal ini menyebabkan Tarik hilang sabar lalu mengambil keputusan untuk mencari dan menghukum pembunuh tersebut dengan caranya sendiri.

Pencarian tersebut akhirnya menemui Seyfer namun lelaki itu telah lari menyembunyikan diri. Elif (Aybuke Yilmaz) yang merupakan kakak Seyfer percaya adiknya tidak bersalah dan sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi Seyfer dari ditangkap Tarik.

Fedakar (2023) | Review Turkish Drama

Tarik dan Elif sangat menyayangi dan sanggup berkorban untuk keluarga mereka. Tarik dibesarkan dalam keluarga yang kaya raya, Tarik berjanji untuk menjaga kakaknya selepas ayah dan ibu mereka meninggal dunia.

Manakala Elif pula telah kehilangan ibu bapanya sejak kecil lagi dan terpaksa menjaga dua orang adiknya. Seorang adiknya telah meninggal dunia menyebabkan Elif rasa bersalah dan sanggup berkorban apa sahaja untuk pastikan Seyfer berjaya.

Fedakar (2023) | Review Turkish Drama

Kematian Yesim adalah rancangan jahat Guzide. Guzide sebenarnya bercita-cita untuk berkahwin dengan Tarik dan bolot harta kekayaan keluarga Tarik. Pada masa yang sama dia kenalkan adiknya, Sevki kepada Yesim dan kemudiannya Yesim berkahwin dengan Sevki dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Ayse.

Pada hari kejadian, Yesim pergi ke pejabat untuk bertemu suaminya lalu terdengar pertengkaran antara Sevki dan Guzide, dan juga rancangan jahat mereka. Yesim sangat kecewa apabila mengetahui Sevki tidak pernah mencintai dirinya dan berkahwin dengannya kerana harta.

Guzide risau kalau tembelangnya akan pecah apabila Yesim memberitahu Tarik hal tersebut. Oleh sebab itu, dia telah mengupah orang untuk membunuh Yesim.

Fedakar (2023) | Review Turkish Drama

bila episode dia sampai 40 lebih itu maksudnya drama Fedakar ada rating yang bagus so sis pun ada expectation juga tapi agak kecewa juga dengan plot yang nampak lousy, tengok first episode tak sampai setengah jam pun dah boleh teka jalan ceritanya. acting masing-masing pun average je, agak mengganggu juga watak jahat punya plan macam sinentron.

aku boleh buat kesimpulan yang kawan Seyfer perdajalkan dia, disebabkan Elif backup Seyfer so Tarik gunakan Elif untuk balas dendam dan tempat melepaskan kebencian dia. Dalam erti kata lain, hero dia tak bijak pergi balas dendam pada orang yang salah padahal penjenayah sebenarnya ada depan mata dia sahaja.

Kalaulah hari kejadian si Tarik ni ada boleh perasan suara kakak dia macam ada masalah time dalam telefon maybe dia ada dapat klu sikit tapi itulah terlebih excited dengan birthday party. scriptwriter pun tolonglah buat cerita yang fresh dan watak yang bijak sikit, apa yang cuba disampaikan sampai 40 episode tu kalau episod 1 pun dah boleh nampak keseluruhan plot dan jalan cerita.

Post a Comment

0 Comments