Durian Oh Durian (TV3) | Sinopsis Telefilem

Durian Oh Durian (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Durian Oh Durian
Produksi : Paragon Radical Sdn Bhd
Pengarah : Ungku Ismail Aziz
Penulis Skrip : Sarimah Othman
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 21 Disember 2019
Pelakon : Ungku Ismail Aziz, Bella Dally, Dian P. Ramlee, Qadry Nur, Kamal Rezuan, Allana Amir, Syuqran Hassan, Jalaludin Hassan

Durian Oh Durian (TV3) | Sinopsis Telefilem
Durian Oh Durian (TV3) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Durian Oh Durian

Mengisahkan Midie yang bekerja sebagai seorang posmen sangat suka dengan pokok durian yang ditanam arwah datuknya sempena hari kelahirannya namun pokok itu tidak pernah menunjukkan tanda-tanda berbuah mahupun berbunga walaupun sudah berusia 29 tahun.

Manakala Zurin pula berhenti kerja di bandar dan pulang ke kampung untuk menjaga ibunya dan bercadang untuk mengusahakan semula kedai makan ibunya.

Kamariah mencadangkan pokok tersebut ditebang dan ditanam dengan anak pokok yang baru, adik Midie pula bercadang untuk menggunakan kawasan tersebut untuk tanaman herba.

Hal ini membuatkan Midie memberontak dan menentang hasrat ibu dan adiknya itu kerana pokok itu adalah seusia dengannya dan ditanam oleh arwah datuknya seiring dengan kewujudan dia di dunia. Ia memberi makna yang mendalam kerana hasrat arwah datuk agak anak cucu boleh makan hasil tanamannya itu.

Post a Comment

0 Comments