Ayah (TV1) | Sinopsis Telefilem

Ayah (TV1) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Ayah
Produksi : Allout Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Izuan Mokhtar
Penulis Skrip : ZH Emdee @ M Danial
Siaran : TV1
Tayangan : 17 Jun 2023
Masa : Sabtu | 10.00 Malam
Pelakon : Rusdi Ramli, Nadiya Nisaa, Laura Olivia, Irfan Danial, Azizah Mahzan, Azwan Kombos, Anas Ridzuan, Bea Rameshan, Winda Mustiana.

Saksikan telefilem Ayah khas sempena mengingati Hari Bapa, pada hari sabtu ini (17 Jun 2023) pukul 10.00 malam di Panggung RTM TV1.

Sinopsis Telefilem Ayah

Mengisahkan Zamri yang telah bercerai dengan isterinya Ainun. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka memiliki dua orang anak iaitu Iskandar dan Balqish. Setelah bercerai, Ainun tidak membenarkan Zamri bertemu dengan kedua-dua anak mereka itu.

Suatu hari terdetik rasa risau di hati Ainun untuk mencari Zamri. Apatahlagi bila dia gagal untuk menghubungi keberadaan bekas suaminya itu. Anak-anak mereka pula sering bertanyakan khabar daripada ayah mereka dan rindu untuk bertemu. 

Justeru Ainun datang ke rumah Zamri dan mendapati Zamri sakit. Lalu masih adakah jalan penyelesaian untuk mereka berbaik semula.

Post a Comment

0 Comments