27 A, Kita Bertemu by Dhiya Zafira | Book Review

27 A, Kita Bertemu by Dhiya Zafira | Book Review

Tajuk : 27 A, Kita Bertemu
Penulis : Dhiya Zafira
Helaian : 390
Penerbit : Poreng Kertas Publication
Terbitan : Mei 2023

SINOPSIS: 
In-laws from hell.

Ini kisah rumahtangga. Kisah Naja yang mahu mencari bahagi. Siapa sangka, dia impikan syurga, namun neraka yang menjelma.

Kasih sayang yang terbina runtuh kerana orang ketiga.

Dalam mencari kekuatan diri yang hampir goyah... Rees datang bagaikan a knight in shining armour.

Mampukah Naja mengecapi bahagia semula?

“Life isn't supposed to be like this. It's not supposed to be this hard. Mungkin dah sampai masa untuk kau lepaskan. Be strong enough to walk away from what isn’t best for you, Naja.”- Rees


Review  Novel 27 A, Kita Bertemu

Kisah Naja yang berkahwin muda dan apabila masuk hampir masuk tahun ke-10 usia perkahwinan, suaminya dalam diam sudah menduakannya. Lagi sedih apabila ibu mertua dan adik iparnya menyokong tindakan Faisal, alasannya kerana Naja tidak mampu melahirkan zuriat. 

nampak macam klise tapi suka cara penulis olah jalan cerita dan watak yang ada. Bila baca buku ni aishh sakit hati betul dengan watak Faisal, Zaleha, Suria dan bini muda Faisal yang psiko.

watak Naja sangat kuat, walaupun emak mertua tak habis mengata dia tapi dia cuba bertahan dan dalam diam dia berjaya capai impiannya untuk sambung belajar. bila Wida cari pasal dengan dia, Naja cuba pertahankan hak dia tapi itulah sampai bila boleh bertahan dan terus makan hati kalau suami tak reti nak berlaku adil, lebih baik pilih bahagiakan diri dulu.

Buku ni banyak konflik rumah tangga Naja, rasa tak puas hati sebab part Rees sikit sangat. Bila hujung-hujung cerita macam rushing sangat. pendek cakap, jalan cerita yang menarik tapi sisi tak puas hati sebab kisah Naja dan Rees tak banyak.

**MY RATING : 4/5**

Post a Comment

0 Comments