Yek Icin Mahak (TV1) | Sinopsis Telefilem

Yek Icin Mahak (TV1) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Yek Icin Mahak (Aku Suka Kamu)
Produksi : Mache All Star United
Pengarah : Pali Yahya
Penulis Skrip : Siti Solehah Abd Ghani
Siaran : TV1
Tayangan : 27 Mei 2023
Masa: Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Ummi Nazeera, Jay Iswazir, Farah Ahmad, Hasnul Rahmat, Zalfa Zin, Syed Irfan, Hadi Putra, Fauziah Nawi

Saksikan telefilem Yek Icin Mahak (Aku Suka Kami) yang akan ditayangkan pada hari sabtu ini, jam 9.00 malam di Panggung RTM TV1.

Sinopsis Telefilem Yek Icin Mahak

Mengisahkan Cikgu Aishah lakonan Ummi Nazeera yang ditukarkan sekolah ke sebuah perkampungan orang asli di Kelantan. Meskipun pada mulanya agak terkejut dan memikirkan banyak perkara untuk menerima tawaran itu namun sebagai pendidik dia akhirnya nekad menyahut cabaran tersebut. Baktinya diperlukan di sekolah itu dan dia rasa bertanggungjawab melaksanakannya

Cikgu Aisyah mencuba pelbagai cara untuk menarik perhatian anak-anak muridnya ke sekolah. Dia bersyukur kerana menerima bantuan bantuan daripada salah seorang guru sekolah sama iaitu Cikgu Nazim.

Sementara itu, salah seorang anak muridnya, Udin sudah lama tidak hadir ke sekolah. Menurut rakan-rakannya Udin tidak bersekolah kerana menjaga emaknya yang sakit meroyan.

Cikgu Aisyah cuba untuk memujuknya kembali bersekolah. Namun Udin berada dalam dilema. Sebagai anak dia bertanggungjawab mahu menjaga ibunya di rumah manakala sebagai seorang murid memerlukan dia hadir ke sekolah menuntut ilmu. 

Berjayakah Cikgu Aisyah membawa Udin kembali ke sekolah? Bagaimana pula mereka menyelesaikan masalah meroyan yang dihadapi ibu Udin?

Post a Comment

0 Comments