Wakaf Dosa (TV9) | Sinopsis Telefilem

Wakaf Dosa (TV9) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Wakaf Dosa
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Citra Abdullah
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 8 Jun 2019
Pelakon : Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina, Nazafee, Adriana, Awie Dean, Daniell Fiq, Meor Mohd

Wakaf Dosa (TV9) | Sinopsis Telefilem
Wakaf Dosa (TV9) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Wakaf Dosa

Mengisahkan Bakri Zain seorang pelakon popular yang telah memenangi pelbagai anugerah terbaik.  Namun kejayaannya dicemburui oleh rakan industrinya yang juga seorang pelakon terkenal bernama Danial Muhaimin.  Danial menyimpan dendam dan marah apabila namanya dikeluarkan untuk memberi ruang kepada Bakri bertanding dalam kategori pelakon terbaik dalam satu festival filem.

Manakala Puteri Najwa yang merupakan anak sulung Bakri sedang mengejar impiannya untuk menyambung pelajaran ke universiti Al-Azhar di Mesir. Walaupun berbeza haluan dari ayahnya yang lebih mengejar dunia glamor, Puteri tidak pernah memandang serong dengan kerjaya ayahnya.

Suatu hari, Bakri terpalit dengan skandal video seks yang menjadi titik kejatuhan kerjayanya dan tidak megetahui siapa yang sanggup mencemar dan memfitnah dirinya. Namun Bakri mula tersedar dirinya yang jauh daripada Allah dan cuma menitikberatkan agama pada keluarganya dan bukan untuk dirinya.

Dibintangi oleh Rosyam Nor sebagai Bakri Zain, Izzue Islam sebagai Danial, Faradhiya sebagai Nazirah, Sweet Qismina sebagai Puteri, Nazafee sebagai Adam, Adriana sebagai Shifa dan ramai lagi.

Post a Comment

0 Comments