Review Drama | Scammer Geng Marhaban (Astro Ria)

Review Drama | Scammer Geng Marhaban (Astro Ria)

Drama : Scammer Geng Marhaban
Produksi : The Pongkes Sdn Bhd
Pengarah : Waan Hafiz
Penulis Skrip : Sham Hashim
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 4 Mei 2023
Episod : 8
Durasi : 21 minit
Genre : Komedi
Pelakon : Amir Ahnaf, Lorenzo Irmann, Qistina Khaled, Watie Sadali, Ozlynn Waty, Ku Fridah, Didi Astillah, Che Kem, Afiq Hakim

SINOPSIS:
Mengisahkan dua adik beradik yang tidak sehaluan, Aidil dan Adib. Namun apabila ibu mereka Hajah Quyah telah terjerat dalam kegiatan ‘scam’ ketika cuba mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Marhaban, Aidil dan Adib cuba mencari dalang yang telah menipu ibu mereka.

Review Drama | Scammer Geng Marhaban (Astro Ria)

Gempak Original Series kembali dengana drama terbaru bertemakan heist komedi bertajuk Scammer Geng Marhaban dengan menampilkan barisan pelakon baru dan berpengalaman seperti Amir Ahnaf, Lorenzo Irmann, Qistina Khaled, Watie Sadali, Ozlynn Waty dan ramai lagi.

Scammer Geng Marhaban mengisahkan Aidil (Amir Ahnaf) yang dibebaskan dari penjara kerana pernah menipu artis sebelum ini. Selepas keluar dari penjara, Aidil struggle mencari kerja kerana status bekas banduan.

Manakala Adib (Lorenzo Irmann) merupakan abang kepada Aidil tidak suka dengan tabiat Aidil yang gemar menipu dan perangai adiknya itu masih lagi tidak berubah selepas keluar penjara. Aidil ni naik lemak disebabkan emak mereka, Hajah Quyah (Watie Sadali) yang terlebih manjakan anak bongsunya.

Review Drama | Scammer Geng Marhaban (Astro Ria)

Hajah Quyah sibuk untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Persatuan Marhaban dalam pemilihan presiden akan datang kerana tempatnya kini dicabar oleh seorang lagi calon bernama Madam Sherry (Ozlynn Waty). Dalam masa yang sama, Hajah Quyah mahu membuat perubahan imej ahli persatuan marhaban dengan menukar uniform baharu.

Dalam sibuk mencari kain, dia terjumpa dengan Maya (Qistina Khaled) yang mahu menjemput geng marhaban Hajah Quyah untuk memeriahkan program anjuran syarikatnya yang kononnya turut dihadiri oleh artis terkenal. Maya juga turut membuat tawaran untuk membantu Hajah Quyah mendapatkan baju marhaban rekaan pereka fesyen terkenal.

Malangnya selepas membuat pembayaran deposit barulah Hajah Quyah tersedar dirinya telah ditipu dan Maya pula telah hilang tanpa jejak.

Review Drama | Scammer Geng Marhaban (Astro Ria)

Hajah Quyah panik apabila sedar dirinya telah ditipu Maya ditambah pula dia telah menggunakan duit persatuan tanpa pengetahuan mereka.

Adib dan Aidil berjanji untuk membantu ibu mereka untuk mendapatkan kembali wang yang dicuri Maya, mereka perlu bekerja dalam misi tersebut walaupun masing-masing tidak sehaluan.

Adakah Adib dan Aidil dapat menjejaki Maya? Adakah Hajah dapat mengekalkan jawatan Presiden Persatuan Marhaban?

Review Drama | Scammer Geng Marhaban (Astro Ria)

Sebelum ni Amir watak serius tapi dalam Scammer Geng Marhaban watak dia lebih chill dan gila-gila. first time tengok Lorenzo Irmann dan Qistina Khaled tapi not bad lakonan mereka. Baru tayang satu episod tapi menarik juga jalan cerita yang santai dan menghiburkan. 

kesimpulannya cerita dia mengenai anak kaki scammer tapi maknya pula terkena scam, disebabkan mak mereka tak nak buat laporan polis takut terlepas jawatan presiden terpaksa anak-anaknya bergabung mencari scammer tersebut tapi Maya pun boleh tahan licik juga. so adakah Aidil dan Adib berjaya menjejaki Maya dan mendapatkan semula wang tersebut?


Ikuti kesudahannya dalam drama Scammer Geng Marhaban yang ditayangkan mulai 4 Mei di Astro Ria, pada setiap hari Khamis, jam 11 malam atau strim di platform Astro GO atau On Demand. 

Post a Comment

1 Comments

  1. boleh tahan menarik juga jalan cerita dia. mesti ramai tengok sebab amir haha

    ReplyDelete