Kipas Sejukkan Bilik. Berbaloi Ke Beli Exhaust Fan?

Kipas Sejukkan Bilik. Berbaloi Ke Beli Exhaust Fan?

Musim panas pergi mana-mana pun rasa berbahang betul, dalam bilik sendiri dah rasa macam sauna, tidur pun sampai berpeluh-peluh. 

Kat rumah aku ada penghawa dingin tiga biji termasuk ruang tamu tapi bilik aku sahaja yang tak ada aircond, sedih kan. sebab ayah cakap dulu kalau letak kat bilik aku nanti 24 jam aku pasang tapi betul juga apa yang dicakap. hahaha. so bertahan je lah kalau tak tahan sangat panas pergi melepak pasang aircond kat ruang tamu.

Sebelum ni ada terfikir juga nak beli exhaust fan tapi tak tahu macam mana nak pasang sebab selalunya orang akan pasang dinding, satu kerja pula memikir nak tebuk lubang tu. hari tu skroll Tiktok ternampak ada orang pasang kipas ni kat tingkap, sis terus dapat idea so kita pun terus order satu, yang ni saiz 6 inci paling kecil dan murah, sesuailah untuk bilik yang kecil.

Kipas Sejukkan Bilik. Berbaloi Ke Beli Exhaust Fan?

Macam ni lah kejadiannya bila dipasang oleh tangan amatur, kita ikat dengan tali rapia je. Waktu malam tak berani nak buka tingkap luas sangat dan sis tutup tingkap sebelum tidur, risau.

Kipas Sejukkan Bilik. Berbaloi Ke Beli Exhaust Fan?

yang tak best wayar dia pendek sangat kalau orang pandai buat wiring bolehlah extend wayar bagi panjang tapi kalau tak reti tu kita guna extension je lah. ini pun plan nak beli extension satu lagi khas gantung tepi tingkap untuk benda alah ni sebab semak pula meja letak macam ni, rimas tengok.

Lepas guna exhaust fan beberapa hari boleh terasa dia punya perbezaan. Sebelum ini guna kipas syiling dan kipas stand masih lagi panas sebab udara panas macam berputar je dalam bilik. Selepas pasang exhaust fan terasa sejuklah sikit dari cuba tips yang biasa orang buat macam letak besen air depan kipas tapi still tak mampu hilangkan bahang.

Dia punya sejuk takdelah macam duduk dalam aircond tapi rasa selesa dan sejuklah lah sikit sebab bahang panas dalam bilik sudah disedut keluar. kalau nak jimat kos try lah pasang exhaust fan. bagi aku sangat berbaloi sebab murah, kos beli yang saiz 6  inci harga di RM24 di shopee termasuk penghantaran.

Post a Comment

4 Comments

  1. Cuaca alor staq dan jitra terasa bahang bila malam. wab panas naik kot. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia punya panas sekarang tak boleh bawa bincang, lega juga kelmarin dulu hujan lebat tapi sekarang panas balik..

      Delete
  2. pendek nau wayar dia tu, nak beli untuk bilik sendiri kena tambah extension sebab jauh tingkap dengan plug

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tak nak kena cari extension juga sebab yg i jumpa kat shopee memang wayar dia pendek macam ni.

      Delete