Janin Tak Berdosa (Awesome TV) | Sinopsis Telefilem

Janin Tak Berdosa (Awesome TV) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Janin Tak Berdosa
Produksi : Suarakita Production
Pengarah : Wan Saiful Shahrizan
Penulis Skrip : Nanie Shafri
Siaran : Awesome TV
Tayangan : 7 Mei 2023
Masa : Ahad | 9.00 Malam
Pelakon : Tasha Shilla, Azrel Ismail, Delimawati, Intan Baiduri, Aishah Dat, Afidah Bee, Mohd Farid Faizullah

Janin Tak Berdosa (Awesome TV) | Sinopsis Telefilem
Janin Tak Berdosa (Awesome TV) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Janin Tak Berdosa

Mengisahkan Firman dan Julia, pasangan suami isteri muda yang suka melancong dan gemar berlibur merancang untuk tidak mempunyai anak.

Firman mendapat berita gembira apabila dapat naik pangkat dan merancang untuk membawa Julia bercuti ke Amsterdam. Namun mereka dikejutkan dengan berita Julia mengandung dan hal ini boleh menganggu percutian mereka.

Oleh kerana itu, Firman dan Julia mencari jalan untuk mengugurkan kandungan tersebut dengan meminta bantuan Mak Kuntum. Mak Kuntum bersetuju dengan syarat Julia dan Firman tinggal dirumahnya selama seminggu sehingga bulan mengambang penuh.

Adakah Julia dapat mencapai impiannya melancong ke Amsterdam? Apa sebenarnya muslihat yang cuba dilakukan oleh Mak Kuntum?

Dibintangi oleh Tasha Shilla sebagai Julia, Azrel Ismail sebagai Firman dan Delimawati sebagai Mak Kuntum/ Mak Gayah. Ikuti kesudahannya dalam telefilem Janin Tak Berdosa di Awesome TV. 

Post a Comment

0 Comments