Royal Doctor (2023) | Review Drama Thailand

Royal Doctor (2023) | Review Drama Thailand

Title : Royal Doctor
Director : Chudapa Chantakett
Network : Channel 3/ VIU
Release Date : 21 March 2023
Episodes : 10
Genre : Historical, Comedy, Romance, Fantasy
Cast : Mario Maurer, Kimberley Anne, Masu Junyangdikul, Lingling Sirilak, Peterpan Tadsapon, Pat Napapa, Chai Chatayodom, Nok Jariya, Kik Mayurin, Freud Chatphong, Ant Watcharachai

SYNOPSIS:
Bua, a medical student from today’s 5G era, is mysteriously swept back to King Rama III's reign – the golden era of Thai traditional medicine. Immediately thrown into an unknown world where she finds allies and rivals, her modern ways inevitably clash with old traditions.

Royal Doctor (2023) | Review Drama Thailand

sebelum ini Mario Maurer dan Kimberly pernah bergandingan dalam drama Thong Ek: The Herbal Master, kali ini mereka digandingkan semula dalam Royal Doctor. drama mengenai perubatan zaman King Rama III tapi kali ini heroin dia dari zaman moden merentasi ke zaman tersebut.

Royal Doctor mengisahkan Bua (Kimberly Anne) seorang pelajar perubatan yang tidak mempunyai keyakinan diri dan selalu dimarahi oleh profesornya kerana tidak dapat perform dengan baik untuk diagnosis pesakit.

Suatu hari, Bua yang tengah down di rumah tiba-tiba ditarik oleh ribut apabila tersedar dia mendapati dirinya telah merentas ke zaman pemerintahan King Rama III. Bua yang terdampar di dalam hutan diselamatkan oleh anak murid Cikgu Han yang mengajar seni lawan pedang di situ. Bua berkawan baik dengan Phad (Pat Natpapa) yang tinggal di situ bersama Cikgu Han dan anak muridnya.

Royal Doctor (2023) | Review Drama Thailand

baru sehari tinggal di situ penempatan Cikgu Han telah diserang oleh mafia Cina. Bua yang melarikan diri ke dalam hutan terpisah dari Phad kemudiannya cedera parah diserang oleh musuh Cikgu Han. Nasib baik Bua diselamatkan oleh Thong On (Mario Maurer) yang mempunyai pengetahuan mengenai perubatan tradisional.

Cikgu Han dan anak muridnya yang lain diselamatkan oleh abang Thong On iaitu Thongthae (Masu Junyangdikul). Thongthae membawa Cikgu Han dan yang lain tinggal di rumah mereka sehingga pulih begitu juga Bua yang turut tinggal di situ. Sejak hari itu Bua semakin rapat dengan Thong On

Royal Doctor (2023) | Review Drama Thailand

Thong On berasal dari keluarga bangsawan, bapa dan abangnya merupakan doktor diraja. Thong On pula dikatakan pemalas dan suka bermain tapi sebenarnya dalam diam dia juga belajar sendiri mengenai perubatan dan herba dari buku dan lihat cara ayahnya mengubati pesakit. 

tapi Thong On tak pernah tunjuk skill dia sebab tak nak overshadow abangnya sebab mak tiri dia suka cari gaduh dengan dia. tapi Thongthae seorang yang baik hati dan selalu bagi galakan pada Thong On untuk belajar.

Suatu hari, raja perintahkan untuk buka sekolah perubatan untuk lahirkan lebih ramai doktor so atas perintah ayahnya, Thong On pergi masuk sekolah tersebut.

Royal Doctor (2023) | Review Drama Thailand

aku dah tengok drama ni sampai episod 5 di VIU, progress watak heroin ni agak slow sebab lebih banyak show off teori medik dia tapi tak pernah tunjuk skill sebagai seorang doktor. kadang aku rasa watak dia macam useless juga.

macam episod 5 ada kes letupan sepatutnya dia boleh improve skill dia merawat pesakit tapi dia lagi sibuk nak cari member dari kisah orang yang cedera kat situ dan tak habis merungut sedih tak boleh nak bantu orang sebab tak ada peralatan. 

kalau tak tahu pasal herba pun tapi takkan tak tahu first aid, pasal herba dia ada banyak peluang untuk belajar dari Thong On dan Thongthae tapi itulah penulis dia tak buat watak Bua ni jadi bijak sikit.

Royal Doctor (2023) | Review Drama Thailand

drama ni lebih banyak higlight mengenai Thong On dan rakan-rakanya yang belajar perubatan secara formal di sekolah yang ditubuhkan oleh raja dan tenaga pengajar pula terdiri daripada doktor diraja. tujuannya nak beri lebih banyak peluang kepada rakyat marhen yang berminat untuk belajar perubatan.

Di sekolah ada juga anak kepada keluarga doktor diraja yang tak suka dengan Thong On disebabkan Thong On bijak dan berjaya menarik perhatian ketua tertinggi doktor diraja pada ujian kemasukan sekolah.

Walaupun geng anak bangsawan yang belajar di situ sombong dan tak suka golongan biasa belajar sekali dengan mereka tapi Thong On pula rapat dengan pelajar biasa dan selalu membantu mereka supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Royal Doctor (2023) | Review Drama Thailand

mula-mula aku ingatkan drama Royal Doctor ni sekuel kepada Thong Ek: Herbal Master sebab pelakon dia semu lebih kurang sama, bila tengok trailer ada vibe drama korea Live Up to Your Name pun ada juga tapi tak pun.

walaupun aku tak suka sangat dengan watak heroin dia tapi overall jalan ceritanya menarik juga untuk ditonton. citer dia ringan dan menghiburkan dalam masa yang sama dapat juga pengetahuan mengenai herba dan perubatan pada zaman dulu.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments