Drama : Presiden Kampung Morten
Produksi : Sapphire Screen Sdn Bhd
Pengarah : Harris Fadzillah
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Siaran : Tonton
Mula Tayangan : 17 April 2023
Episod : 10
OST/ Lagu Tema : Le'Ale (Amira Othman)
Pelakon : Didie Alias, Ozlynn Waty, Bell Ngasri, Jaafar Onn, Ieda Moin, Alif Muhaimin, Sheila Mambo, Seha Monice, Ucop Cecupak, Norman Hakim, Chacha Maembaong, Kamal Bakar, Adam Darwisyah, Dewi Diana, Abrah Abu Bakar
Saksikan drama komedi Presiden Kampung Morten yang bersiaran pada setiap hari mulai 17 April 2023 secara ekslusif di Tonton.
Tonton : Drama Presiden Kampung Morten
Dibintangi oleh Didie Alias sebagai Kiambang, Ozlynn Waty sebagai Manisah, Bell Ngasri sebagai Man Tapau, Jaafar Onn sebagai Tok Ketua, Ieda Moin sebagai Kiah Tumis, Alif Muhaimin sebagai Hassan, Sheila Mambo sebagai Che Embun, Seha Monica sebagai Mak Tun, Ucop Cecupak sebagai Pak Sood dan ramai lagi.
Mengisahkan Kiambang dan Manisah yang tinggal sekampung tapi saling bermusuhan kerana berebutkan jawatan Presiden Kampung Morten.
Pemilihan calon presiden akan dibuat dalam masa sebulan iaitu selepas bulan ramadan. Kiambang dan Manisah perlu melakukan kempen untuk memancing AJK kampung dan penduduk Kampung Morten sendiri.
Dalam aktiviti bulan ramadan, Kiambang dan Manisah perlu menyenaraikan program yang akan mereka lakukan untuk menyemarakkan ramadan di kampung mereka. Mereka perlu bersaing dalam setiap aktiviti yang telah disenaraikan dan orang kampung akan membuat undian program siapa yang lebih menarik dan berjaya.
Baca juga : Drama Imamku Okey lakonan Didie Alias dan Ozlynn Waty
Di antara Manisah dan Kiambang, siapakah yang bakal bergelar Presiden Kampung Morten?
0 Comments