Ku Cari Jannah (TV1) | Sinopsis Telefilem

Ku Cari Jannah (TV1) | Sinopsis Telefilem

Ku Cari Jannah sebuah telefilem arahan Adam Hamid, nukilan skrip oleh Ramlah Rashid dan diterbitkan di bawah Crossfire Sdn Bhd.

Dibintangi oleh Syazuwan Hassan yang memegang watak sebagai Rizarul, Khalida Balqis sebagai Jannah, Fadilah Mansor sebagai Mak Uda, Kay Maria sebagai Cik Semah, Shyrim Husni sebagai Tok Man dan ramai lagi.

Saksikan telefilem Ku Cari Jannah pada 29 April 2023, hari sabtu pukul 9.00 malam di Panggung RTM TV1 atau tonton secara langsung melalui rtmklik.rtm.gov.my.

Ku Cari Jannah (TV1) | Sinopsis Telefilem

Info Telefilem Ku Cari Jannah

Produksi : Crossfire Sdn Bhd
Pengarah : Adam Hamid
Penulis Skrip : Ramlah Rashid
Siaran : TV3
Tayangan : 29 April 2023
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Syazuwan Hassan, Khalida Balqis, Fadilah Mansor, Kay Maria, Shyrim Husni


Sinopsis Telefilem Ku Cari Jannah

Mengisahkan Jannah seorang gadis kampung yang bercita-cita untuk menyambung pelajaran ke universiti selepas mendapat keputusan STPM.

Rizarul yang merupakan anak ketua kampung sudah lama menyimpan perasaan pada Jannah masuk meminang malangnya lamarannya ditolak oleh Jannah. Rizarul yang tidak dapat menerima penolakan tersebut memujuk ibunya untuk menaikkan wang hantaran sehingga RM20 ribu.

Mendengar jumlah hantaran tersebut, ibu Jannah terus bersetuju dan mencadangkan mereka berdua terus dinikahkan tanpa bertunang terlebih dahulu. Namun Jannah telah difitnah melakukan perbuatanan sumbang sehingga dihalau oleh ibunya.

Sejak itu, Jannah belajar hidup berdikari sehingga pulang semula ke kampung sebagai seorang usahawan tudung yang berjaya.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments