Kerasnya Takdir (TV3) | Sinopsis Drama

Kerasnya Takdir (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Kerasnya Takdir
Produksi : Creative Skill Solution Sdn Bhd
Pengarah : Emi Suffian
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 22 April 2023
Masa : Setiap Hari | 7.00 Malam
Episod : 28
Pelakon : Amyra Rosli, Redza Rosli, Rita Rudaini, Kartina Aziz, Ungku Hariz, Azlee Khairi, Zarynn Min, Mia Nasir, Husna Mustaffa, Natasya Mahyan, Azrel Ismail, Halim Radzi, Dayang Fajra Nadifa

Saksikan Kerasnya Takdir sebuah drama adaptasi novel karya Haitun Kamarazaman yang bersiaran mulai 22 April 2023, setiap hari jam 7.00 malam di slot Akasia TV3 bagi menggantikan drama Melur Untuk Firdaus 2.

Dibintangi oleh Amyra Rosli sebagai Jiha, Redza Rosli sebagai Syed Munir, Kartina Aziz sebagai Syarifah Aminah, Dayang Fajra Nadifa sebagai Syarifah Saleha, Mia Nasir sebagai Syarifah Emilia dan ramai lagi.

Kerasnya Takdir (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Kerasnya Takdir

Mengisahkan Munir dan Jiha yang berpegang teguh kepada cinta mereka walaupun dibantah oleh kedua-dua keluarga mereka. 

Aminah kecewa dengan pilihan Munir yang mahu hidup bersama Jiha dari kelas bawahan dan hanya menguruskan sebuah kedai. Aminah mengharapkan Munir untuk mewarisi syarikatnya dan juga berkahwin dengan pilihan calon menantunya, Emilia.

Kehidupan Munir dan Jiha musnah selepas Munir terlibat dalam kemalangan dan anak mereka pula diculik secara misteri. Jiha telah dituduh berzina dan keadaan mentalnya juga tidak stabil selepas kehilangan Munir dan anak mereka.

Selepas 6 tahun, Jiha bertemu semula dengan Munir apabila dia terjumpa anaknya yang sudah lama hilang. Adakah cinta mereka akan bertaut kembali ataupun Munir sudah meneruskan kehidupannya?

Post a Comment

1 Comments