Alamak Lagi-Lagi Dia (TV Okey) | Sinopsis Drama

Alamak Lagi-Lagi Dia (TV Okey) | Sinopsis Drama

Drama : Alamak Lagi-Lagi Dia
Produksi : AN Universal Sdn Bhd
Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Siaran : TV Okey
Mula Tayangan : 24 April 2023
Masa : Isnin-Sabtu | 2.30 Petang
Episod : 30
Pelakon : Wafariena, Iman Zulkarnain, Hariz Hamdan, Nazzaty Rusli, Alia Zekri, Ikhlas Jalil, Jaafar Onn, Shaharuddin Thamby, Amy Nur Tinie, Anne Ngasri, Darling Ngasri, Sri Irdina, Ewan Fauzi

Saksikan drama Alamak Lagi-Lagi Dia yang diadaptasi dari novel karya Mazni Anita, yang bersiaran mulai 24 April 2023 pada setiap hari isnin hingga sabtu pukul 2.30 petang di TV Okey.

Dibintangi oleh Wafariena sebagai Syafika, Iman Zulkarnain sebagai Nadim Imran, Hariz Hamdan sebagai Idham Hariz, Nazzaty Rusli sebagai Gina, Alia Zekri sebagai Puan Bahyah dan ramai lagi.

Alamak Lagi-Lagi Dia (TV Okey) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Alamak Lagi-Lagi Dia

Mengisahkan Syafika yang pernah menjadi mangsa buli di zaman persekolahan dulu menjadi trauma dengan Idham Hariz menyebabkan dia tidak pernah mempunyai teman lelaki.

Manakala Nadim Ammar pula seorang pemain piano yang mempunyai prinsip tersendiri tentang cinta tapi terpaksa bertunang dengan Emilia, anak perempuan kepada Tan Sri Jabbar.

Syafika dan Nadim bertemu secara tidak sengaja, oleh kerana perangai mereka yang berbeza mereka sering bertengkar namun anehnya mereka sering bertemu. Adakah itu maknanya mereka berjodoh?

Post a Comment

0 Comments