Tulus by Rehan Makhtar | Book Review

Tulus by Rehan Makhtar | Book Review

Tajuk : Tulus
Penulis : Rehan Makhtar
Genre : Romantik
Helaian : 602
Penerbit : Blogijau Enterprise
Tahun Terbitan : Februari 2023

Tulus adalah kisah Taqrees, abang kembar kepada Taqeef dalam Sumpah. aku baru perasan aku tak buat review novel Sumpah hurmm nantilah tunggu kita rajin dulu.

Selepas sedar dari koma, Taqrees menyibukkan diri dengan kerjanya selepas Thaqeef membuat keputusan untuk mengembangkan bisnesnya sendiri dan ayahnya pula mahu bersara. Zalikha, bekas teman wanitanya mahu menyambung kembali ikatan mereka tapi Taqrees sudah tidak mempunyai perasaan lagi selepas wanita itu bertindak meninggalkan dia ketika koma dan berkahwin dengan lelaki lain.

Suatu hari, Taqrees diserang dan diselamatkan oleh seorang gadis tapi belum sempat mengucapkan terima kasih, gadis itu menghilangkan diri. Dua tahun kemudian, Taqrees bertemu kembali dengan gadis tersebut yang bernama Ayla.

Taqrees mencintai Ayla tanpa mengira status gadis dan apabila Ayla meminta bantuannya, Taqrees tanpa teragak sedia membantu walaupun tahu Amar merupakan segalanya buat Ayla.

Tulus by Rehan Makhtar | Book Review

kisah cinta Tulus tak ada beza sangat dengan buku penulis sebelum ini. watak heroin pun lebih kurang sama dengan buku sebelum ini yang rasa insecure dengan diri sendiri dan tak rasa layak untuk bahagia selepas melalui zaman remaja dalam broken family. kehadiran Amar bagi sedikit sinar bahagia untuk Ayla walaupun pada mulanya dia menolak amanah yang ditinggalkan oleh kakaknya.

sama juga dengan Thaqeef, Taqrees juga sanggup berkorban apa sahaja untuk wanita yang dicintainya lagi pula Ayla pernah cedera gara-gara nak selamatkan dia. penyabar betul dia melayan perangai Ayla yang tak habis reject diri dia.

kat hujung-hujung menarik juga sebab tak sangka watak Zalikha boleh jadi menggila disebabkan princess syndrome.

kalau pernah baca buku Rehan Makhtar mesti sudah terbiasa dengan penulisan penulis yang sarat dengan emosi ala melodrama gitu. buku ni bagi aku dia punya pacing ok sikit dari Sumpah. monolog tak meleret-leret sangat just nice la flow dia. Overall, nice story.

**MY RATING : 4/5**

Post a Comment

0 Comments