Pia (TV9) | Sinopsis Drama

Pia (TV9) | Sinopsis Drama

Drama : Pia
Produksi : JS Pictures
Pengarah : Azman Yahya
Penulis Skrip : Sofia J Rhyland
Siaran : TV3/ TV9
Tayangan  Asal : 3 Mei 2019
Episod : 15
OST/Lagu Tema : Sumpah (Naim Daniel)
Pelakon : Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel, Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fathil Dani, Dania Syazwina, Hadi Putra

Pia (TV9) | Sinopsis Drama

Barisan Pelakon Drama Pia

  • Zara Zya sebagai Pia
  • Alif Satar sebagai Zafran
  • Naim Daniel sebagai Budi
  • Azira Shafinaz sebagai Qis
  • Sheila Rusly sebagai Mak Ngah Ila

Sinopsis Drama Pia

Mengisahkan Pia yang tersepit di antara tugasnya sebagai seorang isteri dan tanggungjawabnya terhadap adiknya yang kurang upaya.

Selepas kedua-dua ibu bapanya dibunuh mati, Pia dibela oleh Pak Long Mat. Pia ada seorang adik yang mempunyai masalah 'celebral palsy' bernama Budi. Zafran, rakan mengaji Pia menyukai Pia sejak dari kecil hinggalah dewasa. Zafran tinggal bersama bapa dan ibu saudaranya, Ila yang bisu. Ila selalu memerhatikan gerak geri Zafran dan tahu akan perkembangan cinta Zafran dan Pia dan cuba menghalangnya.

Zafran kemudian menyambung pengajiannya ke luar negara, dan tetap meneruskan hubungannya dengan Pia. Setelah pulang semula ke tanah air, dia berkahwin dengan Pia walaupun tidak direstui Ila. Nasib tidak menyebelahi Pia apabila Zafran menghantar Budi ke pusat penjagaan kerana mahu Pia memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Sikap cemburu buta Zafran bertukar menjadi agresif gara-gara Pia mendapat mesej dari doktor Budi.

Zafran memberitahu Pia tentang hasratnya untuk menikahi Qis dan Pia bersedia untuk mengundur diri. Mak Ngah pula menuduh Pia mempunyai hubungan sulit di luar dan mahu memberitahu Zafran supaya menceraikan Pia.

Post a Comment

0 Comments