Drama : Penjara Janji
Produksi : JS Pictures
Pengarah : Azman Yahya
Penulis Skrip : PGRs Team, Ferdinand, Tinta Jingga
Siaran : TV3
Tayangan : 12 April 2021
Episod : 15
Pelakon : Alif Satar, Fauzi Nawawi, Azira Shafinaz, Zulin Aziz, Aida Aris, Aishah Atan, Esma Daniel, Baggio, Syed Ali Murtadha, Raja Hakim
Sinopsis Drama Penjara Janji
Mengisahkan Zulkifli lakonan Fauzi Nawawi yang dihukum penjara kerana membunuh tanpa niat selepas ditipu kawan baiknya menyebabkan dia menanggung hutang yang banyak dan muflis.
Rizan (Alif Satar) seorang warden penjara cuba memenuhi hasrat terakhir Zulkifli yang mahu bersatu kembali dengan keluarganya. Rozita (Azira Shafinaz) yang merupakan tunang Rizan mula rasa terabai apabila Rizan terlalu sibuk dengan tugasan kerjanya.
Tanpa diketahui Rizan, Zulkifli adalah ayah Rizan yang tidak pernah ditemui sebelum ini. Apakah sebenarnya yg terjadi antara Zulkifli dan ibunya?
0 Comments