Novel My Rude Wife oleh CikNorCinta (Adaptasi Melur Untuk Firdaus)

Novel My Rude Wife oleh CikNorCinta (Adaptasi Melur Untuk Firdaus)

Novel My Rude Wife karya CikNorCinta diterbitkan oleh Suara Hati Publication pada September 2019 dan telah diadaptasi ke drama bersiri bertajuk Melur Untuk Firdaus yang menampilkan Meerqeen dan Anna Jobling sebagai teraju utama. Drama bersiri ini telah bersambung ke musim kedua kerana sambutan yang hangat daripada peminat.

Baca juga : Review Drama Melur Untuk Firdaus


Sinopsis Novel My Rude Wife

RUDE? Bukan biadab. Bukan juga kasar. Tapi… SELAMBA.

Kahwin paksa? Itu mungkin cerita klise tetapi, bila dapat seorang isteri yang selamba… itu bukan klise lagi!

Sikap selamba Melur itulah yang membuatkan sikap jual mahal Firdaus surut perlahan-lahan. Sikap selamba Melur itu jugalah yang telah mematahkan ego lelaki itu dan mula menyayanginya.

Namun, kesetiaan Firdaus terhadap Dee tidak juga goyah dan itulah yang membuatkan Melur pergi bersama hati yang kecewa.

“Abang kenalkan Diana, girlfriend abang.” - Firdaus

“Ooo... inilah Diana? What a pleasant surprise! Terujanya saya dapat jumpa Cik Diana.” - Melur

“I, Diana Rahila. Girlfriend Firdaus Iskandar.” - Dee

“I pula, Tengku Adriana Zulaika. Isteri kepada Firdaus Iskandar.” – Melur

Dengan adanya Harris Daniel di sisinya, mampukah Melur menyayangi Firdaus seperti dahulu?

“Tiga tahun bersama awak adalah momen-momen terindah buat saya. Malah, saya sanggup bayar untuk tahun-tahun seterusnya agar saya dapat terus bersama awak.” - Harris

Dan… mampukah Firdaus membawa Melur pulang ke sisinya semula?

Baca Novel Online : Novel My Rude Wife (CikNorCinta)

Post a Comment

0 Comments