Lecturer Ku, Oppa! (iQIYI) | Sinopsis Drama

Lecturer Ku, Oppa! (iQIYI) | Sinopsis Drama

Drama : Lecturer Ku, Oppa!
Produksi : Arie Zaharie Production
Pengarah : Fairuz Loy
Penulis Skrip : Nadia Rahim, Hajar Edwina, Maisurah Rahim
Siaran : iQIYI
Mula Tayangan : 3 Mac 2023
Masa : Jumaat-Sabtu | 9.00 Malam
Episod : 13
Durasi : 30 minit
OST/ Lagu : Baek (Farisha Iris feat Alan D)
Pelakon : Han Byul, Sweet Qismina, Naim Daniel, Farisha Iris, Raja Atiq, Marissa Yasmin, Haeriyanto Hassan, Carmen Soo, Yusuf Hashim, Ji Su, Tuan Asmawi

Lecturer Ku, Oppa! (iQIYI) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Lecturer Ku, Oppa!

Jung-Hyun Hwang ialah seorang pensyarah di Kolej Pengurusan Pelancongan di ibu negara. Dia seorang Korea yang fasih bahasa Melayu. Dia kacak dan dikagumi ramai pelajar di kampus, tetapi dia hanya meminati seorang pelajar Melayu bernama Sara. 

Apabila Sara ditugaskan untuk membuat projek tentang Korea, Hyun berkeras membantunya supaya mereka dapat menghabiskan masa bersama. Sara menolaknya pada mulanya tetapi jatuh cinta padanya semasa mereka berjalan-jalan di kampus. Namun, hubungan antara pelajar dengan pensyarah tidak akan berjalan lancar. 

Akhirnya, Hyun masuk agama Islam dan mendapatkan nama baharu, Daniel Abdullah. Dia akan memulakan perjalanan baharu bersama Sara. Namun, dia perlu mengatasi dua cabaran terlebih dahulu, iaitu puasa dan sunat

Saksikan lakonan Han Byul sebagai Hyun/ Daniel, Sweet Qismina sebagai Sara, Naim Daniel sebagai Nizam, Raja Atiq sebagai Zafrul dan Farisha Iris sebagai Naura dalam drama Lecturer Ku Oppa.

Post a Comment

1 Comments