Ironi Kasih (TV3) | Sinopsis Drama

Ironi Kasih (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Ironi Kasih
Produksi : Wira Nusa Production
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Penulis Skrip : Mohd Shahremy Ikmal, Mama Bella
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 2 April 2020
Episod : 15
OST/ Lagu Tema : Sembah (Naim Daniel)
Pelakon : Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana, Fizz Fairuz, Isaac Iman, Ramona Zamzam, Afifah Nasir, Nadia Mustafa, Syafi Tee, Sarah Malisa, Ogy Ahmad Daud, Nazia Mustafa, Zulkifli Salleh, Zulkifli Salleh, Farah Wahida Zainuddin

Ironi Kasih (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Ironi Kasih

Mengisahkan Kasih Ariana lakonan Intan Najuwa yang memulakan kehidupan baru di bandar selepas kehilangan ibu dan kakaknya dalam satu tragedi yang tidak dapat dilupakannya. 

Kasih bekerja sebagai pembantu pengurusan di firma arkitek milik Johan (Aqasha) sebelum Emilia (Intan Ladyana) memujuk Kasih untuk menjadi pengasuh. Kesibukan Emilia dalam kerjayanya menyebabkan Johan terpaksa bersetuju dengan keputusan isterinya dan mengambil Kasih menjadi pengasuh kepada anak tunggal mereka, Danish (Isaac Iman).

Hubungan Kasih dan Johan semakin rapat, Emilia cuba berfikiran terbuka bahawa Johan tidak akan curang padanya. Namun rumah tangga mereka mula dilanda konflik apabila Emilia lebih banyak meluangkan masa bersama rakan kongsinya, Megat (Fizz Fairuz). Sehingga kemuncak mereka bergaduh lalu Johan yang rasa tercabar menceraikan Emilia.

Selepas bercerai, Johan berkahwin dengan Kasih namun sikap Kasih mula berubah dan tidak mempedulikan Danish. Akhirnya terbongkar motif sebenar Kasih yang merancang segalanya dari awal dengan tujuan untuk membalas dendam pada Johan di atas kematian kakaknya, Suri.

Apakah sebenarnya kaitan kematian Suri dengan Johan? Bagaimanakah Johan berhadapan dengan Kasih yang kini hanya berdendam kepadanya?

Post a Comment

0 Comments