Review Movie | Unlocked (Netflix)

Review Movie | Unlocked (Netflix)

Title : Unlocked
Director : Kim Tae Joon
Network : Netflix
Release Date : 17 February 2023
Duration : 1 hour 57 minutes
Genre : Thriller, Mystery
Cast : Chun Woo Hee, Im Si Wan, Kim Hee Won, Kim Ye Won, Park Ho San, Jeon Ji Oh

SYNOPSIS:
A woman’s life is turned upside-down when a dangerous man gets a hold of her lost cell phone and uses it to track her every move.

Review Movie | Unlocked (Netflix)

Unlocked mengisahkan Lee Na Mi (Chun Woo Hee) secara tidak sengaja telah kehilangan handphone. Ada orang yang jumpa telefon tersebut dan menghantar ke kedai untuk dibaiki kerana skrin telefonnya retak dan dari situ Nami mengambil semula telefon miliknya.

Tapi Nami tidak menyedari telefonnya telah dipasang alat spyware dan kamera tersembunyi untuk mengintip segala pergerakan dan aktiviti hariannya.

Review Movie | Unlocked (Netflix)

Dalam masa muncul seorang lelaki bernama Oh Jun Young (Im Si Wan), Nami tertarik dengan Jun Young kerana merasakan banyak persamaan antara mereka walaupun baru beberapa kali bertemu. Bapanya, Lee Sung Woo (Park Ho San) merasakan ada yang pelik dengan Jun Young tapi Nami tidak menghiraukan amaran tersebut.

Hidup Nami yang selama ini bahagia tiba-tiba berubah apabila dia dibuang kerja kerana mengutuk majikan dan rakan sekerjanya tapi tiada siapa percaya yang telefonnya digodam, hubungan dengan kawan baiknya juga terjejas dan ayahnya juga ditimpa bahaya. Apa sebenarnya yang berlaku?

Review Movie | Unlocked (Netflix)

Filem Unlocked bawa mesej yang bagus untuk tunjukkan kebarangkalian yang paling buruk apa akan berlaku sekiranya korang kehilangan telefon dan jatuh di tangan orang yang salah sebab telefon dah jadi satu benda penting bila menyimpan data penting dan segala aktiviti harian yang dilakukan.

tapi jalan ceritanya tak bagi impak yang begitu besar dengan durasi yang panjang dan setiap watak tak dikembang dengan baik, rasa penat betul nak habiskan.

aku pun tak tak tahu apa motif sebenar pembunuh bersiri yang psiko ni, rasa macam bangang pula bila dia cakap dia aim Nami sebab Nami bagi jatuh phone dia. itu je motif kau membunuh mangsa kau yang tak bersalah. sis pula trigger dengan alasan dia!

Overall, kalau time bosan-bosan bolehlah nak layan filem Unlocked plus best juga tengok lakonan Siwan, selalunya watak dia jenis naif dan baik-baik tapi dalam ni sangat berbeza.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. Macam best pastu macam meh je tengok alasan pembunuh tu hahaha, tengok la nnti kalau-kalau bosan pastu teringat movie ni

    ReplyDelete