Isteri Halal (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Isteri Halal (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Isteri Halal
Produksi : Radius One Sdn Bhd
Pengarah : Uchee Fukada
Penulis Skrip: Suzanna Zaily Zin, Shaza Talib, Pahzai Al-Khaired
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 27 Februari 2023
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Episod : 80
Pelakon : Uqasha Senrose, Aidit Noh, Isyariana Che Azmi, Nazim Othman, Sahronizam, Sharmaine Farouk, Amylea Azizan, Amirul Asyhwad, Shahidan Izwan, Qazem Nor

Saksikan drama Isteri Halal terbaru di Slot Tiara yang bakal menggantikan drama Bukan Syurga Pilihan mulai 27 Februari 2023, setiap isnin hingga jumaat jam 6.00 petang di Astro Ria.


Isteri Halal (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Isteri Halal diadaptasi dari drama Filipina yang berjudul The Legal Wife diarahkan oleh Uchee Fukada dan dibintangi oleh Uqasha Senrose sebagai Eyra, Aidit Noh sebagai Zayn, Nazim Othman sebagai Daniel, Isyariana Che Azmi sebagai Adellea dan Sahronizam sebagai Tuan Aziz.

Keistimewaan drama kali ini memaparkan watak antagonis dibawa oleh Uqasha Senrose yang jarang sekali dibawanya dalam dramanya sebelum ini. Nazim Othman pula menambahkan kehangatan naratif ‘Isteri Halal’ dengan watak lelaki yang dipenuhi dengan hasad dengki dan cemburu.


Isteri Halal (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Isteri Halal

Mengisahkan Adellea merupakan anak perempuan Tuan Aziz, seorang usahawan yang berjaya. Harapan Tuan Aziz untuk mengahwinkan anaknya dengan calon pilihannya musnah apabila Adellea membawa pulang calon pilihannya iaitu Zayn, seorang lelaki dari keluarga miskin. 

Penyatuan yang mendapat tegahan keluarga Adellea ini membawa kepada kedua-dua mereka melarikan diri untuk mendirikan rumah tangga bersama, sekaligus terputus hubungan Adellea dengan keluarganya. 

Setelah sekian lama berjauhan, Adellea dan Zayn pulang apabila berita tentang keuzuran Aziz kedengaran. Adellea berazam untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada Aziz. Zayn pula semakin terabai apabila isterinya jarang bersamanya, ini membuka peluang pada Eyra, kawan baik Adellea sendiri untuk mendekatkan diri dengan Zayn. 

Tindakan mereka membuatkan mereka tewas pada godaan, dan kini terjerumus dalam kancah selingkuh.

Post a Comment

0 Comments